Gelombang Haba: Enam Kawasan Di Semenanjung Berada Pada Tahap Berjaga-Jaga

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Enam kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) dalam perkembangan status gelombang haba dalam negara.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, enam kawasan itu melibatkan Baling, Kuala Muda, Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak.

“Terdapat enam kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Baling, Kuala Muda, Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang & Hilir Perak,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Manakala, semua kawasan di Sabah dan Sarawak masih dalam pemantauan.

Tahap 1 (Berjaga-jaga) merekodkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Tahap 2 (Gelombang Haba) merekodkan suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Tahap 3 (Kecemasan) merekodkan suhu maksimum harian melebihi 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat