Betul kata Anwar, Azam Baki ada keberanian luar biasa -Rafique tanya adakah kontrak akan disambung?

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pejuang Muhammad Rafique Rashid Ali ‘membenarkan’ kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini yang memuji Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki yang mempunyai keberanian luar biasa.

“Sudah 3 kali tambahan masa atas nasihat Perdana Menteri dan Azam Baki masih ketuai SPRM.

“Sebelum ini (anjur demonstrasi) tangkap (Azam Baki) sekarang tambah kontrak.

“Bulan Mei tahun lalu PMX kata tiada siapa yang berani seperti Azam Baki. Maka keberanian luar biasa itu amat perlu bila Madani lawan rasuah.

“Azam Baki ini juga yang kini dijulang tinggi oleh penyokong Kerajaan. Kata mereka Azam Baki dan SPRM yang bertaring amat digeruni oleh pembangkang. Logik mereka adalah bahawa pembangkang dan pengkritik amat takut kes mereka dihidu oleh Azam Baki dan SPRM , maka kerana itu kerajaan diserang.

“Dulu mereka sendiri ke jalan raya bawak poster #tangkapazambaki. Kini mana mereka? soal beliau.

Kata Rafique, hari ini Bloomberg melaporkan tular pula dakwaan baru bahawa Azam Baki mikili lagi saham. RM800,000 nilainya kalau ikut laporan.

“Bloomberg juga nampaknya telah buat kerja rumah dengan jelas nyatakan carian rekod sahkan pegangan tersebut. 17.7 juta saham nilaian RM800,000.

“Perlu diingat penjawat awam tidak boleh miliki saham lebih dari RM100,000. Ini pekeliling kerajaan yang ada sekarang. Ia mengikat penjawat awam.

“Maka sangat tepat sekali bila PMX berkata. Azam Baki punyai keberanian luar biasa,” selar beliau sinis.

Seperti biasa katanya, kita akan lihat isu ini tenggelam.

“Adakah kontrak Azam Baki disambung?

“Adakah nasihat PMX kepada Yang di-Pertuan Agong untuk sambung kontrak? Adakah langgar pekeliling akan diambil tindakan? Atau adakah undang-undang dikenakan pilih bulu? soalnya.

Ujar beliau yang juga pengamal undang-undang, ramai penjawat awam kalau kes begini akan terus dikena tindakan.

“Ironinya adalah setiap jabatan akan ada bahagian integriti. Bagaimana isu ini tidak diketahui lebih lagi Bloomberg menulis jelas ianya Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Rakyat mesti bangkit. Rasuah musuh negara.

“Salah guna kuasa mesti dilawan,” seru Rafique.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat