Pahang belanja RM8.5 juta untuk program Juadah Makmur – MB Wan Rosdy

- Advertisement -

SUNGAI KOYAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan  negeri Pahang memperuntukan RM8.5 juta untuk program Juadah Makmur sebagai tanda berkongsi rezeki bersama rakyat di negeri ini.

Jelasnya, menerusi Juadah Makmur ini hubungan antara rakyat dan kerajaan negeri akan bertambah erat dan kukuh.

“Selesai sahaja Solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Sungai Koyan, Lipis saya mengagihkan Juadah Makmur kepada jemaah di masjid ini.

“Alhamdulillah, Kerajaan Negeri meneruskan lagi program Juadah Makmur sebagai tanda berkongsi rezeki bersama rakyat di mana pada tahun ini Kerajaan Negeri memperuntukkan RM8.5 juta untuk mengagihkan makanan selepas solat Jumaat di sebuah masjid di setiap Parlimen pada setiap minggu.

“Semoga menerusi Juadah Makmur ini hubungan antara rakyat dan Kerajaan Negeri akan bertambah erat dan kukuh demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama,” katanya menerusi kenyataan Facebooknya, pada Jumaat.

May be an image of 8 people and dais
Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan Bantuan Wang Ihsan Banjir, Cek Sumbangan Kerajaan Negeri serta Bantuan Wang Ihsan Bencana Kebakaran kepada masyarakat di DUN Jelai, di Dewan UMNO Bahagian Cameron Highlands, Felda Sungai Koyan.

Sebelum itu, Wan Rosdy telah menyerahkan Bantuan Wang Ihsan Banjir, Cek Sumbangan Kerajaan Negeri serta Bantuan Wang Ihsan Bencana Kebakaran kepada masyarakat di DUN Jelai, di Dewan UMNO Bahagian Cameron Highlands, di sini.

Seramai 23 orang penerima atau Ketua Isi Rumah (KIR) yang melibatkan 4 buah kampung iaitu Kampung Kuala Medang, Kampung Kuala Serau, Kampung Bukit Kota dan Kampung Bertang telah menerima Bantuan Wang Ihsan dan Bantuan Barangan Keperluan Asas berjumlah RM3,500 setiap seorang dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM80,500.

“Melalui majlis ini juga, saya telah menyerahkan cek sumbangan kepada 25 orang wakil penerima dengan nilai keseluruhan sumbangan ialah RM477,396.50.

“Manakala Bantuan Wang Ihsan Bencana Kebakaran berjumlah RM3,000 kepada satu keluarga yang rumah mereka terbakar di FELDA Sungai Koyan 1.

“Semoga dengan sumbangan dan bantuan-bantuan ini ia dapat membantu meringankan beban penerima. Insya-Allah,” katanya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat