Skuad Sabil Pemuda UMNO Bantu Sanitsi Tokong, Kuil

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – Skuad Sabil Kuala Terengganu yang menawarkan perkhidmatan sanitasi percuma, hari ini melakukan proses itu di tokong di daerah ini sempena Tahun Baru Cina.

Pengerusinya, Armi Irzan Mohd, 41, berkata, perkhidmatan itu dilaksana dengan kerjasama Kelab Ikan Masin Studio (KIMS), bagi memastikan rumah ibadat itu bebas virus Covid-19.

“Ia supaya tokong ini dapat digunakan untuk upacara sembahyang sempena Tahun Baru Cina,” katanya yang ditemui selepas melakukan sanitasi di Tokong Tien Hou Kong, di sini.

Armi Irzan berkata, pihaknya mula menawarkan perkhidmatan berkenaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan memilih lokasi yang menjadi tumpuan ramai.

Katanya sehingga kini, 56 kerja sanitasi sudah dilakukan, antaranya masjid, surau, tadika, sekolah, rumah ibadat bukan Islam dan tempat awam termasuk taman permainan.

Badan bukan kerajaan (NGO) itu turut merancang untuk melakukan sanitasi di beberapa sekolah di daerah ini menjelang tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kerja sanitasi di sekolah dilakukan atas permintaan pihak pengurusan sekolah bagi memastikan persekitaran sekolah dan dewan peperiksaan bebas daripada wabak berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi KIMS Ng Phie Jon, 31, berkata, pihaknya berbesar hati dengan khidmat masyarakat yang diberikan NGO berkenaan dalam memastikan masyarakat negeri ini bebas jangkitan wabak tanpa mengira kaum.

“Tokong ini tidak digunakan sejak PKP tahun lalu dan untuk perayaan nanti, ia akan digunakan selepas kerajaan memberi kebenaran melakukan upacara sembahyang dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya.

Katanya, perkhidmatan tanpa mengira kaum itu juga menunjukkan perpaduan dan kerjasama erat masyarakat di Terengganu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat