PAS buktikan bukan sekadar lebai perintah negeri miskin – Nik Abduh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hampir setahun PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN), buktikan parti Islam mampu memerintah.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam kenyataan di Facebooknya berkata, PAS berjaya mematikan tuduhan dan momokan pihak lawan sejak berpuluh tahun bahawa parti PAS mustahil mampu memerintah negara Malaysia yang maju dan majmuk.

Katanya atau PAS hanyalah parti lebai yang hanya mampu memerintah negeri-negeri di Pantai Timur yang miskin.

“Itulah yang pernah berlaku kepada PAS apabila kembali memerintah negeri Kelantan pada tahun 1990 dahulu dengan bermenteri besarkan seorang lebai agama berserban. PAS Kelantan membuktikan sebaliknya.

“Bezanya, PAS Kelantan mengambil masa beberapa tahun yang agak lama untuk meyakinkan rakyat Malaysia akan kemampuannya mentadbir negeri dengan slogan ‘Membangun Bersama Islam’. Tidaklah pelik bagi sebuah negeri pelopor yang merintis laluan awal,” tegas Nik Abduh.

Justeru ujar beliau lagi, manakala PAS di Putrajaya hari ini melalui liku yang lebih mudah. Pujian bagi Allah, dengan rahmat dan kelebihan daripada-Nya, PAS membina keyakinan rakyat Malaysia dengan cepat sekali.

“Menghampiri setahun di Putrajaya, hampir tiada sindirian dan tohmahan musuh, apatah awam bahawa PAS begitu ketinggalan dan lemah kemampuannya menerajui beberapa kementerian yang diamanahkan kepadanya.

“Malah PAS dilihat mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah bersama parti-parti rakan dalam PN.

“Tohmahan ke atas PAS hanyalah berputar-putar pada serangan bertali arus bahawa PAS menjilat ludah sendiri sanggup bersekongkol dengan UMNO untuk memerintah di Putrajaya. Ia hanyalah ratiban politik yang begitu mudah dilangsaikan jawabannya,” katanya.

Beliau menambah “geramgan kelebihan apakah ini untuk tidak disyukuri Allah dengan selayaknya?

“Sempurna? Oh, tidak.

“Kurang? Ya, pastinya.

“Siapakah yang lebih baik daripada orang yang sentiasa memperbaiki kelemahan dan kekurangan dirinya,” ujar Nik Abduh lagi.

Jelas beliau, begitulah PAS sejak berpuluh tahun hidup bersama rakyat Malaysia.

“Terima kasih dan tahniah rakyat Malaysia di atas sokongan kalian.

“Ini satu. Cukup dulu deh,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat