Alang-alang tarikan sebenar, Tun Faisal cadang Anwar jadi maskot pelancongan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz secara sarkastik mencadangkan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan maskot pelancongan negara.

Cadangan Tun Faisal ini menyusul selepas Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA) Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.

“Tiba-tiba ‘Beruang Matahari’ jadi maskot pelancongan Malaysia, sedangkan rakyat Malaysia pun tak sedar pasal beruang ni dan rasanya belum pernah ‘Beruang Matahari’ menjadi tarikan pelancong ke Malaysia dan bukan sinonim dengan atau tidak reflektif kepada imej Malaysia.

“Sebelum ni maskot yang dikaitkan dengan Malaysia ni Orang Utan dan Penyu. Kalau pasukan sukan, dikaitkan dengan Harimau Malaya.

“Memandangkan ‘Anwar’ adalah tarikan terbaru pelancongan, apa kata gantikan je Orang Utan dan Penyu tu dengan ‘Anwar’, seloroh beliau sambil mendakwa Presiden MiTDA berusaha membodek Perdana Menteri.

Kapten Mahadzir berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

“Sebenarnya, Perdana Menteri kita Datuk Seri Anwar adalah produk pelancongan untuk Malaysia. Ramai orang tidak tahu ini, tarikan orang datang ke Malaysia adalah kerana usaha Anwar dan kepimpinan jadi PM adalah produk pelancongan kita,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat