KPM salur dana selenggara sekolah pasca banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju untuk memberi peruntukan RM150,000 bagi membantu proses penyelenggaraan sekolah pasca banjir kepada Sekolah Kebangsaaan Pulau Rusa, Kuala Terengganu.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, Sekolah Kebangsaaan Pulau Rusa yang beliau lawati hari ini menerima impak yang besar akibat bencana banjir baru-baru ini.

“Prasarana dan premis sekolah terjejas akibat bah yang melanda. KPM memberi peruntukan RM150,000 bagi membantu proses penyelenggaraan sekolah pasca banjir.

“Semoga bantuan ini dapat menyegerakan proses penyelenggaraan agar para guru dan murid dapat bekerja dan belajar dalam suasana yang lebih selesa,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambah Fadhlina lagi, meskipun beliau sering menekankan mengenai kepentingan pembangunan dan menaik taraf sekolah-sekolah daif di Sabah dan Sarawak.

Katanya, itu tidak bermakna hal-hal pembangunan sekolah di Semenanjung ini dipinggirkan.

“Ia masih keutamaan saya dan KPM secara keseluruhannya,” tegas beliau.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina dalam lawatan kerja ke Terengganu turut membuat kunjungan hormat kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Kediaman Seri Iman.

Pertemuan itu antara lain membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan anak bangsa termasuk penegasan akhlak, adab dan pekerti mulia.

“Untuk empat tahun berturut sejak 2018 sehingga 2021, Terengganu terus mempertahankan kedudukan sebagai negeri terbaik yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM. Syabas!

“Saya juga dimaklumkan bahawa di antara resepi kejayaan serta kejaguhan akademik para pelajar negeri Terengganu juga terkait rapat dengan komitmen para guru dan ibu bapa para pelajar yang telah membina ekosistem sokongan yang padu.

“Setinggi-tinggi penghargaan buat Kerajaan Negeri Terengganu di atas sokongan dan komitmen untuk Pembangunan pendidikan Terengganu,” ucapnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat