- Advertisement -
DAMSYIK – Persatuan Bolasepak Syria (SFA) menukar warna logo dan kit pasukan kebangsaan daripada merah kepada hijau selepas rejim Presiden Bashar Al-Assad ditumbangkan.
Kumpulan anti-rejim menawan ibu kota Damsyik semalam sekali gus mengakhiri enam dekad pemerintahan kuku besi dan perang saudara yang berlarutan sejak 13 tahun lalu.
Assad melarikan diri ke Russia.
Badan induk bola Syria mengumumkan pertukaran warna logo dan jersi pasukan kebangsaan sepak negara itu sejurus selepas peralihan kuasa berkenaan, lapor Reuters.
“Jersi baharu pasukan kebangsaan kita. Perubahan bersejarah pertama berlaku dalam sukan Syria, tanpa nepotisme, pilih kasih dan rasuah,” kata badan induk itu.