KM Melaka dan Anggota Exco Potong Gaji Selama Setahun

- Advertisement -

AYER KEROH – Kerajaan negeri Melaka akan melakukan pemotongan gaji Ketua Menteri dan semua Exco sebagai langkah penjimatan dalam mendepani pandemik COVID-19.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pemotongan 10 peratus gaji selama setahun bermula Januari ini akan disalurkan ke Tabung Bencana Negeri Melaka sebagai langkah membantu lebih ramai rakyat yang terjejas ekoran impak COVID-19.

“Kita telah bermesyuarat di kalangan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semua ahli majlis telah bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 10 peratus pada tahun hadapan selama setahun.

“Insya-Allah duitnya nanti hasil pemotongan (gaji) kita akan pulangkan nanti pada rakyat negeri Melaka,” kata Sulaiman kepada media selepas Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14, di sini hari ini.

Sementara itu, Sulaiman turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 5,000 penjawat negeri ini.

Katanya, insentif berkenaan akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada bulan ini serta Januari.

Belanjawan 2021 yang bertemakan Melaka Rumahku: Merangka Ekonomi, Membahagia Rakyat, Menggamit Dunia dengan anggaran hasil 2021 sebanyak RM 445.96 juta serta peningkatan 14.28 peratus berbanding tahun sebelum ini.

Beliau turut mengumumkan insentif kepada rakyat Melaka berjumlah kira-kira RM55 juta termasuk dalam bentuk pengecualian cukai dan lesen, bantuan ‘one-off’ dan bayaran sagu hati termasuk kepada nelayan dan pengayuh beca. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat