Isu Perak: Raikan Keterbukaan, Lebihkan Cari Kesamaan – Razlan Rafii

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Majlis tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menyeru semua pihak melihat kejayaan menyelesaikan krisis politik Perak menerusi kerangka politik baru yang meraikan keterbukaan dalam perundingan antara parti.

Beliau turut menegaskan politik baru perlu melebihkan mencari kesamaan dan titik pertemuan dalam meredakan pertelingkahan yang berlaku.

“Ramai yang berkata politik era baru. Ramai juga yang tak faham maksud sebenar bila berkata Politik Era Baru, yang pelik, orang yang berkata itu sendiri tak faham apa yang diungkapkan.

“Saya melihat sendiri peristiwa bagaimana dua parti orang Melayu bergaduh dan memaki hamun sesama sendiri, sukar untuk mencari titik pertemuan sehingga 60 tahun PAS dan UMNO bermusuh. Apabila BN jatuh, dan di hina Melayu, barulah jelas penemuan titik persamaan itu,” katanya.

Beliau turut menyifatkan kesediaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf atas kekhilafan Adun UMNO Perak sebagai satu keterbukaan yang wajar diraikan.

“Permohonan Maaf oleh Presiden UMNO terhadap kekhilafan Adun-adun juga ada maksudnya tersendiri, ada ramai yang menyokong tidak kurang juga yang membangkang, maaf bermaafan itu sikap yang mulia.

“Ramai yang berkata politik era baru. Ramai juga yang tak faham maksud sebenar bila berkata Politik Era Baru, yang pelik, orang yang berkata itu sendiri tak faham apa yang diungkapkan,” ujarnya.

Menurut beliau sikap merendah diri memohon maaf bukan bermakna telah melakukan kesalahan namun ia membawa maksud yang tersendiri.

“Di pentas-pentas ceramah Muafakat Nasional menyaksikan pemimpin PAS memohon maaf, pemimpin UMNO memohon maaf, kerana apa mereka bermaafan, adakah mereka menyedari kesalahan mereka?

“Adakah mereka melakukan kesalahan ? Tiada jawapan, ianya datang kerana perasaan bersalah diantara sesama sendiri, dan sering kali perkataan MAAF ini di sambut dengan gelak ketawa dan senyuman PENYATUAN oleh hadirin yang mendengar, baik dari PAS dan juga UMNO.

“Itulah indahnya sikap Orang Melayu, kita akan memaafkan kesalahan sekira ada permohonan maaf diutarakan.

“Permohonan Maaf oleh Presiden UMNO terhadap kekhilafan Adun-adun juga ada maksudnya tersendiri, ada ramai yang menyokong tidak kurang juga yang membangkang, maaf bermaafan itu sikap yang mulia.

“Ada banyak perkara yang di jadikan rahsia dari pengetahuan umum, ini juga politik era baru. Tidak boleh cerita semua.

“Apa yang paling penting adalah kemenangan Ummah, Kerajaan Melayu Perak terus dikekalkan dan kebijaksanaan pemimpin UMNO, PAS dan PPBM dalam merealisasikan acuan mencari keikhlasan dalam pentakbiran,” katanya.

Ujarnya lagi, sifir yang biasa digunakan dalam politik lama tidak boleh digunakan lagi kerana dalam politik baru kemenangan yang perlu raikan adalah keterbukaan pucuk pimpinan setiap parti untuk duduk semeja mencari jalan penyatuan.

“Politik era baru ini memerlukan pengorbanan, memerlukan kaedah lebih kurang, memerlukan keputusan yang berani dan memerlukan kematangan yang lain dari sebelum ini.

“Sudah-sudahlah mencari kesalahan, lebihkan mencari kesamaan, itulah politik baru,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat