Cabul: Dua Lagi Wanita Buat Aduan Polis Keatas Lelaki Yang direman

- Advertisement -

UALA BERANG – Dua wanita hari ini tampil membuat laporan polis mendakwa dicabul seorang lelaki kira-kira dua tahun lepas, ketika mendapatkan rawatan perubatan alternatif daripada lelaki berkenaan di sini.

Ketua Polis Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud berkata dua beradik itu membuat laporan polis selepas membaca satu berita mengenai suspek berumur 52 tahun itu, yang ditahan reman sejak Sabtu lepas kerana disyaki mencabul seorang jurujual wanita berusia 30 tahun pada 22 dan 24 Nov.

Beliau berkata wanita berumur 25 tahun itu dalam laporan polisnya memberitahu, dia bersama adiknya yang berumur 22 tahun dengan ditemani ibu mereka telah menemui lelaki yang dikenali sebagai ‘ustaz’ itu untuk ‘berubat’ pada 9 Sept 2018.

Dalam satu kenyataan di sini Mohd Adli berkata kejadian cabul keatas dua beradik itu dikatakan berlaku semasa wanita berkenaan dirawat.

Dua beradik berkenaan dikatakan tidak membuat laporan polis selepas kejadian kerana menyangka perbuatan itu adalah sebahagian daripada rawatan, sehinggalah mereka terbaca berita mengenai tahanan reman Sabtu lepas.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, dan difahamkan tempoh tahanan reman terhadap suspek bagi laporan kes pertama akan tamat esok.

– Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat