Tiga Maut Dalam Kejadian Tembakan Di Pangkalan Tentera Russia

- Advertisement -

MOSCOW – Seorang anggota tentera Russia membunuh tiga rakan setugas dalam satu kejadian tembakan di sebuah pangkalan tentera berhampiran bandar selatan Voronezh hari ini.

Pejabat Daerah Tentera Barat Russia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Interfax berkata, tiga anggota mengalami cedera parah berikutan serangan itu.

“Komando unit ketenteraan, bertindak bersama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang, berusaha untuk mengesan dan menahan penyerang,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, serangan bermula pada awal pagi hari ini.

Sumber Interfax yang tidak disebutkan namanya menyatakan, kejadian berlaku akibat salah faham antara anggota dan seorang pegawai ketika pemeriksaan.

Sumber itu menyatakan, anggota tentera terbabit ‘merampas pistol’ daripada sarung pistol milik pegawai dan melepaskan tembakan.

Menurut Interfax, pihak berkuasa di pangkalan tentera sedang berunding dengan suspek yang mengurung dirinya di sebuah bangunan.

Tembakan di fasiliti ketenteraan di Russia biasa terjadi dan kumpulan hak asasi menimbulkan kebimbangan mengenai kejadian ‘upacara’ buli yang menjadi rutin pada tahun 1990-an tetapi situasi semakin pulih dalam beberapa tahun terakhir.

Pada Oktober tahun lalu, seorang askar Russia melepaskan tembakan ke arah tentera di sebuah pangkalan tentera di Siberia, menyebabkan lapan maut dan mencederakan dua orang dalam serangan yang disalahkannya atas kejadian buli yang menjadikan hidupnya seperti dalam ‘neraka’.

Perkhidmatan ketenteraan adalah menjadi satu kewajipan di Russia bagi lelaki berusia antara 18 dan 27 tahun, bagaimanapun peruntukan undang-undang yang tidak jelas menyebabkan ramai yang mengelakkan diri. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat