KWSP Perhalusi, Tambah Baik Kemudahan Pengeluaran Akaun 1

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dalam proses memperhalusi dan menambah baik kemudahan pengeluaran akaun satu bersasar seperti yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lepas.

“Semua pandangan dan input daripada pelbagai pihak berkepentingan sedang dalam proses pertimbangan,” kata dana persaraan itu dalam kenyataannya hari ini.

Menurutnya, kemudahan pengeluaran itu perlu dibuat berdasarkan perincian secara teliti bagi mengimbangi keperluan ahli menangani cabaran semasa.

“Perincian dan syarat-syarat kemudahan pengeluaran tambahan ini akan dibuat dalam masa terdekat setelah keputusan akhir dimuktamadkan,” katanya.

Terdahulu dalam pembentangan Belanjawan 2021 minggu lalu, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran akaun 1 KWSP secara bersasar berjumlah RM500 sebulan selama 12 bulan bermula Januari tahun depan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat