Bedah Siasat Mangsa Nahas Helikopter Hari Ini

Lima sektor ekonomi bantu pertumbuhan negara dibangkit Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Sektor ekonomi yang membantu pertumbuhan ekonomi negara semasa COVID-19, antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat,...

BNM sedia kemudahan TRRF dan MEF untuk bantu PKS

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberikan maklumat lanjut tentang pelaksanaan dua dana untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19...

CAP gesa KPDNHEP pantau kenaikan drastik harga bawang merah

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau kenaikan harga bawang merah di pasaran...

Ubat Punca Maradona Meninggal Dunia

BUERNOS AIRES: Diego Maradona diberikan koktel dadah termasuk antikemurungan dan antipsikotik yang digunakan untuk merawat penyakit bipolar. Ia didapati selepas serbuan yang dilakukan polis Argentina...

China Beri Vaksin Percubaan Kepada Kim Jong Un Dan Keluarga

CHINA telah memberikan vaksin percubaan melawan jangkitan COVID-19 kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan keluarganya, lapor penganalisis Amerika Syarikat (AS) pada Selasa. Menurut...

KUALA LUMPUR: Bedah siasat terhadap dua jenazah mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Taman Melawati, dekat sini, akan dijalankan esok (hari ini).

Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) dalam satu kenyataan, hari ini pengurusan jenazah kedua-dua mangsa dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pihak hospital akan menjalankan ujian saringan COVID-19 Rapid Antigen serta ujian radiologi (x-ray dan CT Scan) bagi mengenal pasti kecederaan dalaman yang dialami.

“Bedah siasat terhadap jenazah akan dilaksanakan pada esok (9 November),” kata kenyataan itu.

Beliau juga berkata, jenazah akan diserahkan kepada waris untuk urusan pengebumian setelah proses bedah siasat selesai, manakala keputusan bedah siasat akan diserahkan kepada pihak polis.

“Pihak pengurusan HCTM mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua-duanya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, Kolonel (B) Mohd Sabri Baharon, 56 dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, disahkan terkorban.

Kedua-duanya yang menaiki helikopter dua tempat duduk jenis Guimbal Cabri G2 (G2CA) bersama sebuah lagi helikopter jenis sama dipandu Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan rakannya, Tan Chai Elan, 56, yang dalam perjalanan dari Subang ke Genting Sempah.

Bagaimanapun, berlaku pelanggaran di antara kedua-dua helikopter di udara sebelum satu daripadanya terhempas manakala sebuah lagi helikopter berjaya membuat pendaratan cemas di sebuah padang berhampiran – Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Lima sektor ekonomi bantu pertumbuhan negara dibangkit Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Sektor ekonomi yang membantu pertumbuhan ekonomi negara semasa COVID-19, antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat,...

CAP gesa KPDNHEP pantau kenaikan drastik harga bawang merah

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau kenaikan harga bawang merah di pasaran...

Suhakam Zahir Kekecewaan Terhadap Parlimen

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menzahirkan kekecewaan kerana Laporan Tahunan SUHAKAM 2019 tidak dibahaskan di Parlimen tahun ini. Suhakam dalam satu...