Annuar Musa Nasihati Pemimpin BN Tidak Jadikan JASA Satu Polemik

PM Beri Jaminan Cadangan Bantuan JKM RM1,000 Akan Disegerakan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200...

Vaksin Covid-19, Minat Pelabur Dorong Kenaikan Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR - Keyakinan berterusan terhadap vaksin COVID-19 dan minat risiko yang bertambah baik telah membantu Bursa Malaysia ditutup di paras tertingginya dalam tempoh...

Najib Gesa Permudahkan Proses, Pencarum Marah Syarat Ketat i-Sinar KWSP

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mempermudahkan proses pengeluaran skim i-Sinar dari Akaun 1 KWSP susulan kemarahan ramai...

Bekas AG Tuntut Ganti Rugi RM2.3 Juta, Mahathir Nafi Salah Guna Kuasa Pecat Apandi

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan negatif dan membencinya sehingga mendorong kepada penamatan khidmat beliau...

Agong Berkenan Tinjau dan Sertai Operasi SAR

TEMERLOH - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR)...

KOTA BHARU – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menasihati pemimpin parti itu agar tidak menjadikan penubuhan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 sebagai polemik.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata ini kerana penubuhan semula jabatan itu adalah sebagai jentera penyampai dasar kerajaan agar lebih difahami oleh rakyat di akar umbi

“Sebelum ini Jasa ditutup oleh kerajaan PH (Pakatan Harapan) dan ini bererti tiada peruntukan dan pada Belanjawan 2021 Jasa diumumkan untuk ditubuhkan mulai tahun depan.

“Namun pada hemat saya, penubuhan ini bukannya untuk sekadar hidupkan Jasa dalam bentuk lama dan sudah tentu mempunyai idea tertentu. Pihak lain tidak usahlah wujudkan polemik sehingga terjadi tuduh-menuduh termasuk bagi mematikan UMNO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat 4 Peringkat UMNO Bahagian Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh meminta agar mereka yang berkenaan mendengar terlebih dahulu penjelasan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) berhubung perkara tersebut.

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata parti itu percaya peruntukan RM85.5 juta yang dikhususkan kepada Jasa di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia merupakan jumlah yang terlalu besar.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan menjelaskan kewajaran peruntukan sebesar itu untuk penubuhan semula jabatan tersebut yang disifatkannya berperanan sebagai “pembesar suara”.

Sementara itu, Annuar berkata kesemua parti komponen PN serta sekutu khususnya BN, sudah membuat ketetapan untuk meningkatkan solidariti dan kesepakatan dalam mendukung kerajaan semasa termasuk menyokong semua rang undang-undang yang dibawa oleh PN, khususnya Belanjawan 2021.

“Dalam hubungan ini, saya ingin membuat seruan kepada parti komponen BN supaya mendukung apa yang telah diisytiharkan oleh Majlis Tertinggi (UMNO) seperti mana yang termaktub dalam kenyataan media yang ditandatangani oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Adalah sangat penting dalam saat ini kita kekalkan kesepaduan dan solidariti dalam PN, Muafakat Nasional dan berpegang kepada apa yang telah diisytiharkan oleh presiden kerana yang diumumkan itu adalah hasil mesyuarat Majlis Tertinggi,” katanya.

Menurutnya, kesemua 43 ahli Parlimen BN telah diarahkan oleh ketua whip agar menyokong sebulat suara segala usaha kerajaan.

“Namun begitu, tidaklah menjadi satu kesalahan kita memberikan syor, pandangan dan membuat teguran terhadap apa-apa yang dikemukakan. Tetapi pandangan yang dikemukakan itu mesti berpandu kepada fakta bukan kepada ‘hearsay’ agar teguran dan pandangan kita lebih berkesan dan boleh membantu kerajaan,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Gagal Tolak Belanjawan 2021, Amanah Gesa Pembangkang Berunding

KUALA LUMPUR - Pemuda Amanah menyeru kesemua fraksi oposisi daripada Amanah, PKR dan DAP (yang membentuk Pakatan Harapan) bersama Warisan, UPKO, PSB, MUDA dan...

Baru umur 57 tahun, pemimpin DAP umum bersara

CYBERJAYA: Seorang wakil rakyat DAP dan juga pemimpin parti itu, Datuk Teng Chang Khim mengumumkan persaraannya ketika baru berusia 57 tahun. Selain tidak akan mempertahakan...

Undian Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Lulus

CYBERJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diluluskan oleh Dewan Rakyat sebentar tadi. Pada sesi undian ini, keputusan...