Kerajaan Perpaduan boleh menang besar PRU16 – Puad Zarkashi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan berpotensi menang besar sekiranya momentum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dikekalkan dan terus diperbaiki.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi malah sependapat dengan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong bahawa Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) adalah medan sebenar untuk menguji Kerajaan Perpaduan.

“Saya setuju dengan Liew Chin Tong, PRU16 adalah medan sebenar untuk Kerajaan Perpaduan. Mampukah ia kekal atau hanya sepenggal.

“Ujiannya di PRU16. Ia melibatkan pembahagian kerusi, persafahaman jentera dan manifesto. Kuncinya ‘trust’.

“Jika momentum Mahkota kekal dan terus diperbaiki tidak mustahil Kerajaan Perpaduan menang besar,” kata Speaker DUN Johor dalam kenyataan pada Rabu.

Puad menegaskan, masa yang berbaki sebelum PRU16 wajar dimanfaatkan sebaiknya oleh Kerajaan Perpaduan bagi membuktikan keupayaan kepada rakyat.

“Apatah lagi jika tempoh hingga bulan Disember 2027 tidak dipersia siakan.

“Menteri dan kerajaan mesti buktikan kepada rakyat mereka berprestasi tinggi. Tidak ada formula karut dan jadi bahan jenaka,” gesa beliau.

Pun begitu, Puad mengingatkan bagi Umno, hal terkait Datuk Seri Najib Razak tetap isu utama.

Chin Tong sebelum ini berkata, PRU16 medan sebenar Kerajaan Perpaduan dan usaha mesti dibuat menyakinkan ahli DAP, penyokong, dan rakyat Malaysia semuanya adalah pembina negara.

Menurut beliau, PRU16 juga merupakan ujian kemampuan gabungan perpaduan membina tatanan politik baru di Malaysia, demi menjadikan negara ini lebih kukuh dan stabil.

Berucap pada Konvensyen DAP Johor baru-baru ini, Chin Tong berkata: Kita mesti meyakinkan ahli-ahli kita, para aktivis, dan penyokong kita serta rakyat Malaysia bahawa kita semua adalah pembina negara atau ‘nation builders’. Kita mesti menanam pemikiran ini dalam minda setiap rakyat Malaysia dan Bangsa Johor.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat