100 bayi baru lahir di Iraq dinamakan Nasrallah

- Advertisement -

BAGHDAD- Kementerian Kesihatan Iraq melaporkan kira-kira 100 bayi baru lahir dinamakan ‘Nasrallah’ selepas pembunuhan Setiausaha Agung Hezbollah, Hassan Nasrallah oleh Israel di Lubnan.

Beberapa media tempatan mengesahkan, kelahiran ini didaftarkan di pelbagai wilayah di Iraq, lapor Agensi.

Menurut satu sumber, nama tersebut diberikan sebagai penghormatan kepada pemimpin kanan kumpulan itu.

Nasrallah terbunuh dalam serangan Israel di pinggir selatan Beirut pada akhir bulan lepas.

Dilahirkan pada 1960, beliau menyertai Hezbollah pada 1982, ketika kumpulan itu ditubuhkan dengan sokongan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) untuk menentang tentera Israel di Lubnan.

Nasrallah dilantik menjadi Setiausaha Agung ketiga Hezbollah pada 1992 selepas Israel membunuh penyandang terdahulu, Abbas Al-Musawi.

Beliau dilihat sebagai simbol penentangan terhadap Israel dan pengaruh Barat di rantau ini oleh kebanyakan rakyat Iraq, terutama dalam kalangan penduduk majoriti Syiah di negara itu.

Israel meningkatkan serangan udaranya di Lubnan pada 23 September lalu, menjadikannya kempen pengeboman paling dahsyat terhadap negara itu dalam hampir 20 tahun.

Serangan tersebut menyebabkan lebih 1.2 juta penduduk Lubnan kehilangan tempat tinggal, dengan kebanyakannya terpaksa bersesak di pusat perlindungan.

Sabtu lalu, Iraq menerima 626 pelarian Lubnan melalui sempadan Al-Qaim.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Lubnan yang tiba di Iraq mencecah 5,693 orang sejak peningkatan keganasan di Lubnan, menurut Kementerian Dalam Negeri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat