Sekurang-kurangnya 50 Maut Serangan Bom Di Masjid Afghanistan

- Advertisement -

KABUL: Sekurang-kurangnya 50 terbunuh dalam serangan bom ke atas sebuah masjid di Afghanistan pada Jumaat.

Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku di Masjid Said Abad, Kunduz yang turut mencederakan lebih 100 jemaah.

Kumpulan militan Daish mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian tersebut.

Daish menentang keras kerajaan Taliban yang kembali berkuasa di negara itu dan telah melancarkan beberapa serangan bom baru-baru ini terutamanya di kawasan barat Afghanistan.

Seorang pengebom bunuh diri dilaporkan meletupkan dirinya ketika jemaah sedang memasuki masjid berkenaan bagi menunaikan solat Jumaat.

Pihak berkuasa tempatan memberitahu Tolo News, lebih 300 jemaah berada di dalam masjid itu ketika kejadian.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, serangan berkenaan merupakan yang ketiga minggu ini melibatkan institusi keagamaan.

Ahad lalu, serangan bom di sebuah masjid Kabul mengorbankan tujuh nyawa manakalah sebuah madrasah di Khost diserang kumpulan pengganas pada Rabu.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat