Isteri Shuk terluka lagi, kasihannya…

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Sera kembali bergolak apabila Sera meluahkan perasaan menerusi Instagram Story.

Terbaru, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah mengakui yang dia sudah tidak kuat lagi untuk melalui perkara yang sama seperti dahulu, namun reda dengan apa yang terjadi.

Ia berikutan siri kecurangan Shuk terhadapnya kerana mempunyai ‘kekasih gelap’.

Difahamkan Shuk yang sudah beberapa kali berjanji mahu berubah, kekal dengan perangai sama sehingga melukakan hati Sera.

“Kejamnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji padahal sedang bersama yang lain. Tiada yang lebih zalim daripada ini. Sakit sangat.

“Selama ini aku percaya Allah bagi aku kekuatan untuk memaafkan sebab ini cara Allah menjadikan aku kuat dan sabar untuk masa depan,” tulisnya.

Menurut Sera, Shuk seolah-olah mengambil kesempatan terhadapnya apabila memperlakukan dirinya sesuka hati disebabkan perasaan cinta, sayang dan sering dimaafkan sebelum ini.

“Ingat, jangan sebab kamu dicintai, disayangi, dimaafkan kamu memperlakukan hidup orang sesuka hati. Dia pun ada hati dan perasaan. Doakan semoga urusan Sera dipermudahkan.

“Aku terkilan sebab aku masih mahu baiki dan bertahan lagi tapi Allah merancang sesuatu yang lain. Allah tidak izinkan kali ini untuk aku maafkan lagi. Sedih sangat tapi aku bersyukur sebab Allah tunjukkan kebenaran,” katanya.

Kecewa dengan apa yang berlaku, Sera mengakui anak-anaknya menjadi sumber kekuatan untuk mempertahankan rumah tangga mereka walaupun dia menerima cacian dan makian ramai atas tindakannya ini.

“Anak-anak lah penguatku. Aku maafkan kau sebab aku selalu pandang wajah-wajah kecil ini. Orang caci, maki aku sebab maafkan kau panggil aku b*d*h, tak ketat sampai suami cari lain. Aku hadam saja tapi kenapa sanggup buat lagi.

“Allah, terima kasih ya Allah. Aku tak kuat tapi aku reda. Aku percaya semua ini sudah sesuai dengan yang engkau rancangkan,” katanya.

Sera juga tidak mahu berpisah dan seboleh mungkin bersabar walaupun perit, sakit dan trauma.

“Sayang sangat sebab peluang itu tak pernah dihargai. Mempersendakan, perasaan dan hati yang sanggup memaafkan kamu. Aku tak mampu memenangi hati mu lagi. Kepada si dia yang juga seorang wanita, terima kasih untuk semua rasa sakit ini. Aku harap kau tak lalui rasa sakit yang aku rasa ini sebab kau takkan sanggup berdiri di sini,” katanya.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, berusia setahun.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat