Padat aksi silat, tomoi

- Advertisement -

BAGI menampakkan suasana sebenar pertarungan ratusan pelakon tambahan digunakan dalam filem Siku 12: Langkah Derhaka.

Selain penampilan istimewa seramai 20 penari menora dari Persatuan Manora Kedah dan Manora Kham Kampung Kalai.

Filem aksi arahan Azhari Zain ini mengetengahkan kehebatan seni persilatan Melayu dan Muay Thai diterbitkan oleh Nine Flix Production.

Menampilkan gandingan dua aktor popular tanah air iaitu Syafiq Kyle dan Zahiril Adzim selaku teraju utamanya selain lakonan mantap Moon, Lobak, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.

Penerbit Eksekutifnya Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, penggambaran filem yang membabitkan kos sebanyak RM1.2 juta itu berlangsung sekitar Oktober 2019.

Menurutnya, bagaimanapun ia hanya berjaya disiapkan sepenuhnya membabitkan proses suntingan dan sebagainya untuk tayangan di pawagam pada tahun ini.

“Penggambaran filem membabitkan tempoh selama 15 hari seperti dijadualkan.

“Ia membabitkan lokasi penggambaran sepenuhnya di Pendang dan Alor Star, Kedah,” katanya.

Mengenai cabaran menghasilkan filem berkenaan pula Mohd Hafiz memaklumkan dia hanya mengambil alih projek filem itu pada saat akhir.

 

FIKEM Siku 12: Langkah Derhaka banyak dilakonkan sekitar Pendang serta Alor Star di Kedah.
FIKEM Siku 12: Langkah Derhaka banyak dilakonkan sekitar Pendang serta Alor Star di Kedah.

 

“Saya bersetuju mengambil alih projek ini dari Produser bukan atas dasar persahabatan semata-mata tetapi saya percaya filem ini mempunyai potensi besar dan berpeluang untuk diangkat ke peringkat antarabangsa.

“Siku 12 ini adalah ilmu persilatan seni silat tua Melayu permainan 12,” katanya.

Bagaimanapun menurut Mohd Hafiz, banyak yang perlu diperbaiki untuk memastikan kualiti filem itu untuk tayangan di pawagam.

“Banyak proses yang perlu ditempuhi filem ini terlebih dulu sebelum mendapat kelulusan untuk tayangan di pawagam termasuk dengan pihak Kementerian Dalam Negeri dan Skim Wajib Tayang serta wakil pawagam sendiri.

“Saya perlu menyiapkan dari segi proses suntingan, ‘audio mixing’ dan ‘color grading’ filem ini.

“Alhamdulillah, selepas melihat maklum balas positif dari semua pihak terbabit, saya dan Produser kembali bersemangat untuk membawa filem ditayangkan di pawagam,” kata Mohd Hafiz yang turut menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) sebanyak 10 peratus dalam filem terbabit.

Mohd Hafiz meluahkan perasaan teruja menantikan sambutan penonton terhadap filem itu yang bakal ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober nanti.

Selain turut ditayangkan serentak di 7 pawagam di Singapura dan satu pawagam di Brunei.

“Tidak dinafikan filem aksi sering mendapat tempat dikalangan penonton daripada pelbagai lapisan usia dan kaum.

Malah saya yakin dengan momentum yang ada selepas kejayaan luar biasa filem Mat Kilau, filem genre aksi juga akan mendapat tempat di hati penonton,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat