KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempersoalkan rasional pengguguran Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan rasuah dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Azmin malah mendakwa, umum maklum tindakan itu akan terarah ke mana.
“Jadi saudara setuju kita maafkan Zahid? Baru hari ini (semalam) kita dengar ketua pendakwa raya telah pun digugurkan, kes sedang disemak semula.
“Saya percaya saudara KJ dan saudara Shahril faham ke mana nak pergi ini?
“Sebab saya sebut Mahkamah Tinggi telah mengesahkan ada kes prima facie, nak semak apa? Peguam Negara yang sama yang mendakwa beliau, sekarang Peguam Negara yang sama nak menyemak semula kes ini
“Saya percaya rakyat Malaysia matang, ini kestabilan diri sendiri atau kestabilan negara? soal Azmin dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik malam tadi.
Tegas beliau kestabilan diri sendiri dan kestabilan negara adalah dua perkara yang berbeza.
“Apa yang saya lihat hari ini adalah kestabilan untuk menjaga kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bukan soal kestabilan negara.
“Kestabilan negara di mana kalau sekarang pelabur-pelabur sudah tidak lagi yakin kerana kepimpinan negara yang bergelumang dengan rasuah,” jelasnya.
Kata Azmin lagi, beza antara Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri sekarang ini adalah isu integriti.
Menurut beliau yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pelabur mahukan negara yang berpegang kepada sistem nilai dan pentadbiran yang bersih.
“Maka soal integriti, soal prinsip penting kalau kita inginkan negara kuat dan stabil kita juga pemimpin yang berprinsip,” ujar beliau yang juga bekas Menteri Besar Selangor.
Dalam perkembangan lain Azmin juga mengesahkan Zahid pernah minta Muhyiddin untuk campur tangan kes mahkamahdan minta jawatan Timbalan Perdana Menteri.
“Ya itu antara tuntutan Zahid iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan pada masa yang sama beliau minta Muhyiddin mengambil peranan sebagai PM untuk campur tangan dalam urusan beliau di mahkamah.
“Oleh kerana beliau sedang menyaman Muhyiddin dalam perkara ini saya telah pun kemukakan afidavit kepada mahkamah yang mengesahkan bahawa saya berada dalam perbincangan tersebut dan memang ada beberapa permintaan daripada Zahid untuk membersihkan namanya.
“Pokoknya prinsip yang diambil oleh Muhyiddin ialah beliau tidak boleh mencampuri mana-mana kes yang sedang dibicarakan dalam mahkamah.
“Bagi saya ini satu pendirian yang menyentuh perasaan saya sebagai anak muda, bila melihat PM yang ada small margin anytime boleh jatuh tapi dia tetap pertahankan tidak kompromi atas desakan Presiden Umno ketika itu dan ini membezakan PM hari ini dengan Muhyiddin,” dedah Azmin.
Ditanya adakah kerana keengganan Muhyiddin itu menyebabkan kerajaan pimpinannya rebah, Azmin mengakuinya.
“Itu jelas kejatuhan Muhyiddin, 15 ahli Parlimen menarik diri daripada sokong Muhyiddin yang menyebabkan jatuh.
“Muhyiddin dalam perbicangan dengan kepimpnan Umno termasuk Ismail Sabri berkata dia bersedia menyerahkan kepimpinan kepada Ismail Sabri dengan syarat jelas tidak ada sebarang kleptokrat atau perasuah yang ada kes mahkamah dimasukkan dalam kerajaan dan Jemaah Menteri.
“Ini yang saya nak tekankan beza Anwar dengan Muhyiddin. Padahal Muhyiddin ada margin kecil dia bekerjasaam dengan Umno tetapi mereka yang bermasalah tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.
“Hari ini anwar mengambil pendekatan orang yang ada kes mahkamah masih diangkat, di mana maruah kita?
“Jangan kaitkan dengan istana untuk kepentingan peribadi. Kita boleh bersatu, kita boleh berpadu tetapi bukan dengan perompak dan lanun.
“Di Malaysiakamu ada 47 kes, Mahkamah Tinggi telah mengesahkan ada prima facie patut diteruskan, tapi aku ikiraf kamu pemimpin yang hebat, kamu diangkat menjadi TPM,” tempelak Azmin.
Tegas beliau, rakyat Malaysia bijak melihat pembohongan-pembohongan ini sebab itu berlaku defisit kepercayaan yang melebar sekarang ini.
“Rakyat tak lagi percaya kepada PMX kerana beliau tidak mengotakan janji-janjinya dalam PRU lepas,” dakwa beliau.