Gerakan angkat Anwar sebagai PM semenjak Ogos 2020 – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Setiauasha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan gerakan untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri semenjak Ogos 2020 yang diketuai oleh Ahmad Zahid, Anwar Ibrahim dan Anthony Loke.

Kata Annuar, mereka merancang membentuk ‘Jajaran Baharu’ bagi mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri dan DAP menjadi sebahagian dari kerajaan dengan pertolongan UMNO.

“Ada pemimpin Bahagian berceramah kononnya UMNO berunding dgn DAP selepas Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) pada November 2022 untuk hendak membentuk kerajaan dan kononnya letakkan syarat 5 perkara, termasuk perkara perkara dalam Perlembagaan.

“Penceramah ini mereka-reka sendiri cerita dari imaginasinya, untuk mencari neratif Menghalalkan tindakan mengangkat DAP jadi kerajaan, yang kini di benci rakyat
Walhal pakatan antara UMNO, PKR,DAP ini sudah bermula sejak OGOS 2020 lagi antara Zahid-Anwar-Anthony Loke…. membuat “jajaran baru” mengangkat Anwar jadi PM dan DAP menjadi sebahagian dari kerajaan dengan pertolongan UMNO.” katanya pada satu kenyataan menerusi Facebooknya, sebentar tadi.

Ujar Annuar yang juga Presiden Muafakat Nasional (MN), usaha ini melibatkan usaha menjatuhkan dan menyekat Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri ke-9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan mematikan MN separuh jalan.

“Itulah jajaran baru yang di rancang rapi 2 tahun sebelum PRU15, bukan selepas.

“Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hingga hari ini tidak pernah ‘endorsed’ tindakan ini.

“Penceramah seperti ini hanya menelan bulat bulat cereka Presiden mereka walhal fakta sebenar sudah pun diketahui rakyat seluruhnya.” jelas Annuar lagi.

Menurut Annuar, Jajaran Baru ini dijayakan demi menjayakan cita-cita satu individu menjadi Perdana Menteri dan menyelamatkan tengkok satu individu yang lain.

Ujarnya, ada mutual interest walau terpaksa menggadai prinsip dan dasar parti serta menjadikan parti ditolak rakyat.

“Pada masa ini usaha terakhir sedang dibuat utk menyempurnakan janji awal komplot jajaran baru iaitu untuk mensucikan individu tersebut,

“Usahlah direka fakta.” kata Annuar Musa. -SuaraTV

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat