Fahmi Fadzil Pertahan Kerusi Lembah Pantai

- Advertisement -

PETALING JAYA: Pengarah Strategik Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Fahmi berkata, setakat ini, beliau masih tidak menerima sebarang arahan daripada pucuk pimpinan untuk bertukar kawasan bertanding.

“Saya tiada terima apa-apa arahan untuk berubah kerusi, jadi saya terus kekal di Lembah Pantai,” katanya.

Katanya, jentera PKR telah mula mengumpulkan sukarelawan bagi menghadapi PRU15 dan fokus kepada kawasan-kawasan yang mana Ahli Parlimen PKR sebelum ini melompat parti.

“Saya tiada maklumat tentang persiapan di peringkat negeri-negeri. Namun sekurang-kurangnya yang saya tahu di kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang, kita lihat jentera sedang buat kerja.

“(Kita sedang) mengumpulkan aktivis dan kerja-kerja di lapangan sedang dilipat gandakan. Di situ saya nampak mood yang baik.

“Tapi kita juga memberi fokus kepada kerusi-kerusi yang Ahli Parlimen telah melompat. Di situ pun kita akan meningkatkan tahap kesiapsiagaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata kepimpinan parti masih belum mengumumkan sebarang peratusan calon muka baru dan muka lama yang bakal bertanding dalam PRU15.

“Dari segi peratusan, saya tidak tahu. Tapi kalau kita dengar apa yang disebut oleh pimpinan dalam kongres yang lalu, ada dinyatakan bahawa akan ada muka lama dan ada juga muka baharu (sebagai calon PRU15).

“Saya lihat contohnya, Ketua Wanita, yang baru Ketua Angkatan Muda, ada kemungkinan mereka akan bertanding ataupun tidak, itu terpulang kepada pimpinan nanti,” katanya. –

-UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,496FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat