Surat Penaja PN, Propaganda Jahat Pecahkan MN

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dua keratan ‘surat rasmi’ yang kononnya dikeluarkan oleh pejabat agung PAS berkenaan keanggotaan jawatankuasa penaja Perikatan Nasional merupakan propaganda jahat pembangkang.

Sumber PAS Pusat memaklumkan surat berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh pejabat agung parti itu.

“Tak logic. Pejabat (Agung) kita tidak keluarkan sebarang surat. Kita kan dalam Muafakat Nasional.

“Propaganda sebegini mudah untuk dibaca, jelas mahu memecah belah Muafakat Nasional,” katanya ketika dihubungi.

Menurut sumber berkenaan, dalam situasi politik hari ini, tidak menghanirankan jika ada pihak yang mahu memecahbelahkan Muafakat Nasional yang terdiri daripada dua parti utama iaitu Umno dan PAS.

Lebih-lebih lagi menurut beliau, umum mengetahui kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua parti Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional, lebih-lebih lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang dijangka akan dibuat secara mengejut.

“Semua pihak sedia maklum, PAS dan Umno merupakan parti besar yang mempunyai akar umbi paling kukuh dalam mana-mana parti politik di negara ini.

“PRU-14 kita kalah sebab kedua parti ini bertembung tiga penjuru bersama Pakatan Harapan.

“Muafakat Nasional gabungan yang kuat dalam PRU-15 nanti, itu yang menakutkan ramai pihak,” tambahnya lagi.

Hari ini, dua pucuk surat yang kononnya dikeluarkan oleh Pejabat Agung PAS berkenaan keanggotaan jawatankuasa penaja Perikatan Nasional telah berlegar-legar di media sosial.

Dalam surat berkenaan, PAS kononnya telah bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada anggota penaja Perikatan Nasional agar gabungan tersebut boleh didaftarkan secara rasmi.

Dua penama yang dipetik dalam surat berkenaan ialah Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Dato Takiyuddin Hassan.

“Alhamdulillah sukacita dimaklumkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersetuju untuk menjadi Anggota Penaja kepada Perikatan Nasional untuk didaftarkan mengikut undang-undang.”

author avatar
HAIZAL YATIRAN
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat