MB Negeri Sembilan atau Kerusi Bandar Paling Sesuai Buat KJ – Penganalisis

- Advertisement -

Cyberjaya – Pengumuman Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding di Parlimen Rembau di sambut baik ramai pihak.

Mohamad ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Cawangan Sri Kota pada Sabtu berkata keputusan itu dibuat kerana peranan dan tanggungjawabnya di peringkat pusat.

Namun ada yang mempersoalkan akan nasib Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang merupakan penyandang kerusi tersebut.

Felo Penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri ketika dihubungi SuaraTV berkata UMNO wajar mengunakan ‘aura’ Khairy untuk merampas kembali pentadbiran kerajaan negeri Negeri Sembilan.

“Khairy dikatakan mempunyai peminat yang tersendiri, maka UMNO wajar mengunakan kelebihan itu untuk merampas semula negeri adat pepatih dari Pakatan Harapan (PH).

“Sekiranya itu berlaku, ia secara tidak langsung membuktikan parti itu benar-benar ingin ‘move on’ dalam memberi peluang kepada muka baru untuk diketengahkan,” katanya.

Achmad turut menjelaskan dengan cara ini Khairy yang lebih selesa dengan panggilan KJ boleh membuktikan arus politik yang dibawanya boleh diterima semua lapisan masyarakat.

“Apabila KJ meletakkan dirinya bertanding di peringkat negeri saya yakin itu satu-satunya cara untuk membuktikan bahawa beliau sesuai dan boleh diterima pengundi untuk semua peringkat tidak kira muda atau pun tua.

“Apabila berlakunya penerimaan KJ bertanding di peringkat DUN maka ini merupakan asas yang kuat untuk membuktikan arus politik yang dibawa beliau boleh diterima sekaligus menjadi sebagai calon MB yang sangat relevan dalam keadaan politik hari ini,” katanya lagi.

Sementara itu Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar), Ab Jalil Backer berpendapat kerusi parlimen Lembah Pantai atau Pandan adalah tempat paling sesuai untuk bekas ketua pemuda UMNO itu.

“Tempat yang sesuai untuk YB Khairy Jamaluddin ialah di Parlimen Lembah Pantai atau Pandan. Setakat Fahmi Fadzil tu saya rasa mudah sahaja KJ menang.

“Di sini tempat para penyokong beliau, anak muda bandar berkumpul dan membuat keputusan,” ujarnya.

Jalil turut membayangkan Khairy sebagai calon perdana menteri di masa hadapan.

“Bagaimanapun saya harap beliau akan bertanding DUN dan ditonjolkan sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Sebagai ‘Perdana Menteri Masa Depan’ KJ perlu memahami isu-isu pentadbiran negeri agar hubungan Persekutuan dan Negeri lebih baik dan mesra pada masa depan,” tulisnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat