Malaysia ikrar angkat suara ASEAN di pentas global, kesepakatan kunci kemakmuran serantau – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebagai pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited untuk mengangkat suara ASEAN di pentas global serta memacu agenda keterangkuman dan kemampanan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat rantau ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia percaya bahawa perpaduan dan persefahaman antara negara-negara anggota ASEAN adalah kunci kepada kestabilan, kemakmuran dan daya saing serantau.

“Usai tiba awal pagi tadi dari lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil, saya terus menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, yang berlangsung di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.

“Sebelum bermulanya upacara perasmian, saya telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri-Menteri Luar ASEAN serta Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn.

“Dalam pertemuan ini, saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaan Malaysia terhadap komitmen berterusan semua pemimpin dalam memastikan segala isu dan cabaran serantau terus dibincangkan secara terbuka dan kolektif,” kata Anwar.

Perdana Menteri memberitahu, mesyuarat kali ini amat penting dalam merangka masa depan rantau ini, lebih-lebih lagi ketika dunia berdepan dengan cabaran geopolitik, perubahan iklim, serta ketidaktentuan ekonomi global.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat