KUALA LUMPUR: Malaysia kekal berpendirian teguh dengan tidak akan berkrompomi terutama berkaitan kepentingan nasional dan kedaulatan negara dalam mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata terdapat beberapa ‘garis merah’ yang pihaknya tidak berkrompomi dalam rundingan itu.
“Kami berunding dengan niat yang baik, dengan banyak kompromi di kedua-dua pihak, namun tetap tegas dalam perkara-perkara penting berkaitan kepentingan nasional dan kedaulatan negara.
“Terdapat garis merah tertentu yang tidak akan kami kompromikan.
“Walaupun prosesnya kadangkala kompleks dan pastinya mencabar, matlamat kami jelas iaitu untuk memastikan akses pasaran eksport, memodenkan ekonomi, serta melindungi mata pencarian rakyat Malaysia untuk jangka panjang,” katanya pada sidang media mengenai tarif timbal balas AS lapor BH pada Rabu.