Rafizi contoh terbaik ahli Parlimen mentaliti ‘low class’ – Razali

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli didakwa sebagai contoh terbaik ahli Parlimen Kerajaan Madani yang bermentaliti ‘low class’.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, Malaysia sudah tidak mampu lagi mempunyai mentaliti low class seorang Ahli Parlimen, Ahli Politik dan Menteri Kabinet Madani seperti Rafizi.

“Malaysia sudah tidak mampu lagi mempunyai mentaliti low class seorang Ahli Parlimen, Ahli Politik dan Menteri Kabinet Madani seperti Rafizi.

“Rakyat berasakan muak, mual dan terhina apabila berterusan diterjemahkan sikap mencerca, angkuh, sombong daripada seorang Menteri apatah lagi berseteru pula dengan rakyat.

“Inilah punca-punca besar yang dikatakan politik kebencian yang dicanang-canangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Razali berkata demikian merujuk kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi yang tidak beralas dalam berkata-kata ketika berceramah pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap baru-baru membuktikan dirinya ‘low class’.

Kata Razali, Rafizi membuktikan bahawa kerajaan perpaduan masih mempunyai kepimpinan yang tidak peka kepada rakyat.

“Bagaimana rakyat nak percaya politik kebencian disebarkan oleh pembangkang tetapi sangat jelas daripada parti PKR dan kerajaan Madani kononnya.

“Malaysia sangat memerlukan kepimpinan negarawan yang tulen, ikhlas dan tidak kuat membohong,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat