RM302 Juta Kerugian Akibat Penipuan Atas Talian Dalam Tempoh Tiga Tahun

- Advertisement -

KULAI – Dua pengendali media sosial di bawah Meta Platforms Inc. (Meta) iaitu Facebook dan Instagram merekodkan kerugian penipuan atas talian kira-kira RM302 juta dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, sehingga Jun lalu, jumlah kerugian disebabkan penipuan yang menggunakan Facebook ialah RM230 juta manakala Instagram ialah RM70 juta.

Beliau berkata, trend kegiatan penipuan atas talian di pelbagai platform media sosial semakin membimbangkan dan kementerian telah mengadakan pertemuan dengan Meta (Facebook dan Instagram) bagi membuktikan masalah penipuan atas talian yang mengguna pakai platform ini sebagai isu serius.

“Pada 2021, jumlah kerugian yang disebabkan penipuan menerusi Facebook sebanyak RM80 juta meningkat kepada RM92 juta pada tahun lalu.

“Sehingga bulan lalu sahaja, jumlah kerugian direkodkan adalah sebanyak RM60 juta. Berdasarkan trend tahun ini, mungkin kerugian boleh mencecah RM120 juta sehingga akhir tahun,” katanya ketika sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Ultimate MMA Fitness & Self Defence, Indahpura, Kulai, di sini hari ini.

Nie Ching berkata, bagi rekod jumlah kerugian disebabkan penipuan platform Instagram ialah RM20 juta pada 2021 dan meningkat kepada RM25 juta pada tahun lalu.

Ahli Parlimen Kulai itu berkata, jumlah kerugian yang direkodkan pada tahun lalu itu menyamai kerugian dilaporkan pada tahun ini sehingga bulan lalu sahaja.

Menurutnya, kedua-dua platform ini menjadi sasaran aktiviti penipuan setelah ia merekodkan jumlah pengguna yang tinggi serta platform paling popular dalam kalangan penduduk di negara ini. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat