Isu 3R: Polis buka kertas siasatan kenyataan Guan Eng

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima beberapa laporan Polis dan sedang menjalankan siasatan terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang menyentuh isu ‘Rules, Religion, Race’ (3R).

Menurut Timbalan Pengarah Forensik, Perancangan Strategik Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato’ Suresh Kumar a/l G.Suppiah, DCP, Guan Eng didakwa mengeluarkan kenyataan ketika Program “Tian Fu Gong Bai Long Wang Singapore-Malaysia Tour 2023” di Jelutong Batu, pada 08 Julai 2023.

Dalam ucapan tersebut, Guan Eng mendakwa Gelombang Hijau bakal memunaskan Tokong dan menafikan hak Agama di Pulau Pinang.

DCP Dato’ Suresh berkata, sisatan dijalankam Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dibawah  Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seskyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan sedang dijalankan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu proses siasatan,

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.” Katanya. -SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat