Penularan wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia telah menyekat kebebasan untuk melancong. Boleh dikatakan hampir setiap negara mengambil langkah untuk menyekat kedatangan pelancong dan juga tidak membenarkan pelancong keluar dari negara mereka.
Oleh yang demikian, pastinya mereka yang gemar melancong tidak senang duduk sepanjang perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan di negara masing-masing.

SUMBER: REUTERS
Justeru itu, dua syarikat penerbangan iaitu China Airlines dan EVA Air tawarkan khidmat penerbangan palsu kepada mereka yang ketagih untuk melancong. Pakej penerbangan palsu itu ditawarkan di Taipei dengan proses bermula daripada membeli tiket, memeriksa barang, duduk atas kapal terbang untuk tempoh dua jam seperti waktu pelepasan dan ketibaan.
Bagi mereka yang sudah membeli tiket, mereka akan melalui pos keselamatan dan imigresen bagi pemeriksaan bagasi. Kemudian, penumpang akan masuk ke dalam pesawat sambil disambut oleh pramugari, sama seperti dalam penerbangan biasa.

SUMBER: REUTERS

SUMBER: DAILY STAR
Para penumpang akan diarahkan ke tempat duduk mereka dan menikmati masa untuk berehat. Tiada perkhidmatan makanan dan minuman dalam penerbangan palsu ini dan kapal terbang hanya kekal di lapangan terbang serta penumpang bebas mengambil gambar di pesawat seolah-olah ia berada di atas awan.
Kreatif sungguh pihak China Airlines dan AVA Air ini untuk menggunakan peluang ini menarik penumpang rasai pengalaman berbeza. Jika perkhidmatan ini ditawarkan juga di Malaysia, adakah anda ingin mencubanya?