Semakan SST Bermula 1 Julai: Kerajaan Jamin Rakyat Tidak Terbeban

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kerajaan MADANI akan melaksanakan semakan semula kadar Cukai Jualan (CJ) dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (CP) secara bersasar bermula 1 Julai 2025, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.

Langkah ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara, meluaskan asas percukaian serta menambah baik mutu jaringan keselamatan sosial – tanpa membebankan rakyat kebanyakan, menurut Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Kerajaan komited meneruskan pembaharuan di bawah kerangka Ekonomi MADANI. Rakyat terbanyak tidak akan terkesan kerana barangan dan perkhidmatan asas tidak dikenakan cukai.”

Semakan semula SST telah dibuat menerusi proses libat urus bersama industri, persatuan dan ejen percukaian, bagi memastikan impaknya minimum kepada sektor industri dan rakyat.

Tiga Teras Semakan SST Baharu

Antara langkah utama dalam pelaksanaan semakan semula ini termasuk:
1. Tiada kenaikan cukai jualan ke atas barangan keperluan asas.
2. CJ sebanyak 5% atau 10% akan dikenakan ke atas barangan pilihan atau bukan keperluan asas.
3. Skop CP diperluaskan melibatkan perkhidmatan baharu seperti:
• Sewa dan pajakan
• Pembinaan
• Kewangan
• Jagaan kesihatan swasta
• Pendidikan
• Kecantikan

Pengecualian terpilih akan diberikan bagi mengelak cukai berganda dan untuk menjamin perkhidmatan penting kepada warganegara tidak dikenakan CP.

Bantuan Tambahan dan Tiada Penalti Hingga Disember 2025

Datuk Seri Amir Hamzah turut menjelaskan bahawa hasil tambahan daripada penambahbaikan SST ini akan digunakan untuk mempertingkatkan bantuan tunai rakyat, memperkukuh infrastruktur awam dan menaik taraf perkhidmatan kerajaan.

“Tambahan hasil ini akan dimanfaatkan seluruh negara tanpa menambah beban kepada majoriti rakyat.”

Sebagai galakan pematuhan, syarikat yang mengambil langkah memenuhi syarat SST tidak akan dikenakan pendakwaan atau penalti sehingga 31 Disember 2025.

Maklumat terperinci termasuk garis panduan, ketetapan umum dan FAQ akan diterbitkan oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam masa terdekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat