Kekuatan UMNO Terletak Pada Kesatuan Hati dan Hala Tuju Jelas – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR,  – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa kekuatan sebenar UMNO tidak hanya berpaksikan kepada warisan sejarah, tetapi disandarkan kepada kesatuan hati dan hala tuju yang jelas dalam perjuangan parti.

Mesej tersebut disampaikan beliau menerusi satu hantaran Facebook sempena pembukaan musim persidangan tahunan UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri yang bermula hari ini sehingga 27 Julai di seluruh negara.

“UMNO mesti terus menjadi suara yang jujur mendengar rintihan rakyat, menjiwai resah dan impian anak muda, serta berdiri gagah sebagai parti yang tidak gentar melangkah ke hadapan walau zaman berubah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Zahid turut mengajak seluruh perwakilan UMNO hadir ke persidangan dengan kesungguhan dan iltizam yang tinggi demi agama, bangsa dan tanah air.

Menurutnya, UMNO perlu memperkukuh tiga pendekatan politik utama yang pernah digariskannya iaitu Politik Solusi, Politik Legasi dan Politik Moderasi, yang dilihat penting dalam menyesuaikan diri dengan landskap politik semasa.

Selagi ada keikhlasan dalam kebersamaan, dan selagi perjuangan ini digalas dengan jiwa yang bersih, UMNO akan terus mekar sebagai wadah harapan rakyat dan tiang seri kepada kestabilan serta kemajuan negara,” tambah beliau.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa UMNO akan terus kekal relevan sekiranya ahli-ahlinya berpegang teguh kepada prinsip perjuangan dan nilai kebersamaan dalam setiap tindakan dan keputusan.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat