Jenazah 15 mangsa nahas bas UPSI sedang jalani post-mortem di 2 hospital- Menteri KPT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan kementeriannya dan Universiti Pendidikan Sultan Idrid (UPSI) telah menggerakkan apa jua bentuk bantuan untuk diberikan kepada semua yang terlibat dalam nahas kemalangan bas.

Menurut Zambry setakat ini 15 orang telah disahkan meninggal dunia.

“13 jenazah dibawa ke Hospital Ipoh untuk urusan post mortem. Manakala 2 jenazah sedang urusan post mortem di Hospital Gerik.

“Baki mangsa yang cedera sedang mendapatkan rawatan di Hospital Gerik. (akan dikemaskini dari semasa ke semasa),” kata beliau.

Zambry juga memberitahu, UPSI telah tubuhkan bilik gerakan berserta hotline.

“Urusan bantuan penginapan untuk keluarga mangsa sedang dikoordinasi bersama Politeknik Ungku Omar & Kolej Komuniti Gerik.

“Saya dalam perjalanan ke Hospital Ipoh untuk bertemu dengan keluarga mangsa. Saya mohon sama-sama kita doakan segala urusan mangsa dipermudahkan dan kepada semua keluarga yang terlibat, semoga diberi kekuatan dan ketabahan.

“Insya-Allah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UPSI sendiri telah menggerakkan apa jua bentuk bantuan untuk diberikan kepada semua yang terlibat,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat