Logitech G Perkenal Inovasi Audio Terkini di Esports – Set Kepala Permainan Logitech G PRO X2 LIGHTSPEED

- Advertisement -

Kuala Lumpur, 9 Jun 2023 – Logitech G, jenama Logitech (SIX: LOGN) (NASDAQ: LOGI) dan inovator terkemuka bagi teknologi dan peralatan permainan, hari ini mengumumkan set kepala esports terbaik – Set Kepala Permainan Wayarles Logitech G PRO X 2 LIGHTSPEED yang baharu. Direka dan diuji dengan atlet esports terkemuka, set kepala PRO X 2 baharu menampilkan pemacu PRO-G 50mm Graphene revolusioner serba baharu, menjadikannya kemuncak audio permainan dan set kepala yang mesti dimiliki untuk pemain yang arif dan berdaya saing.

Chris Pate, Pengurus Produk Utama Logitech G, menyatakan: “Falsafah teras Logitech G PRO Series ialah tentang mencipta peralatan yang memenuhi keperluan mendesak bagi atlet esports profesional dan pemain yang berdaya saing. Dengan PRO X 2, kami telah mencapai tahap prestasi yang cemerlang dengan mereka bentuk semula pemacu PRO-G kami dengan teknologi audio Graphene.

Dengan penggunaan graphene, kami boleh mencipta pemacu yang kedua-duanya sangat tegar dan, pada masa yang sama, sangat ringan. Ini memberikan bunyi berkualiti tinggi dengan herotan yang sangat rendah, memberikan profesional prestasi yang mereka perlukan untuk bermain di tahap kemampuan maksimum mereka,” kata Pate.

Dalam Esports, kejelasan bunyi dan komunikasi adalah faktor kritikal yang mempengaruhi kemenangan. Keupayaan mendengar sedikit pun isyarat audio dan berkomunikasi dengan rakan sepasukan memberi perbezaan ketara. Pemacu audio PRO-G 50mm Graphene baharu, digandingkan dengan penggantungan tepi langsung, memberikan skapbunyi yang mengasyikkan seperti tidak pernah terjadi sebelum ini. Pemacu baharu memberikan peningkatan dalam ketepatan penghasilan semula bunyi, ketepatan masa untuk memberi isyarat dan pengurangan herotan, membolehkan pemain mengenal pasti objek audio dengan lebih jelas, dan lebih cepat membezakan lokasinya apabila objek bergerak secara relatif kepada pemain.

Sebagai tambahan kepada pemacu audio PRO-G Graphene serba baharu, PRO X 2 menampilkan penambahbaikan utama berbanding Set Kepala Permainan Wayarles PRO X semasa, termasuk:

  • Sambungan Teguh – Bersedia untuk sebarang situasi dengan sambungan wayarles LIGHTSPEED, Bluetooth dan berwayar yang dipertingkatkan (3.5mm Aux). LIGHTSPEED kini menyampaikan sambungan wayarles gred-PRO dengan masa penggunaan sehingga 50 jam pada sekali cas dan julat sambungan wayarles yang teguh secara konsisten sehingga 30m.
  • Rekaan PRO Pemenang-Anugerah – Direka bentuk untuk, dan dengan kerjasama pemain pro, PRO X 2 menampilkan bingkai aluminium dan keluli yang tahan lasak lagi ringan, dan keselesaan tertinggi dengan engsel yang berputar, tahan lama dan pad telinga yang boleh ditukar dalam kulit dan velor.
  • Berkomunikasi Dengan Yakin – Mikrofon kardioid 6mm pada lengan boom boleh ditanggalkan, dengan penapis perisian Blue VO!CE termaju melalui G HUB, untuk komunikasi yang jelas dan konsisten.
  • Bunyi Sekeliling DTS Headphone:X 2.0 – Bunyi sekeliling yang jitu membantu anda mengetahui dengan tepat di mana lawan anda berada sebelum mereka menemui anda, dengan pengalaman skapbunyi yang mendalam.

Barisan Logitech G PRO Series dibangunkan di bawah program Rekaan oleh Kerjasama yang unik, yang menghimpunkan ramai atlet dan pasukan esports terbaik dunia untuk membangunkan peralatan esports berprestasi tinggi baharu yang memacu inovasi dan prestasi tertinggi untuk memberikan mereka kelebihan daya saing.

Oleksandr “s1mple” Kostyljev, Counter-Strike, Natus Vincere, berkata: “Saya sentiasa merasakan Logitech G menghargai maklum balas dan pendapat saya untuk pembangunan produk, itulah sebabnya peralatan mereka berprestasi tinggi dan paling popular di kalangan atlet esports terkemuka. Semasa pembangunan set kepala permainan G Pro X 2, saya menikmati keselesaan yang dipertingkatkan dan mikrofon terunggul. Dalam permainan, saya mendapati pemacu Graphene baharu sebagai perubahan sangat penting, ia benar-benar membuatkan saya rasa mendapat kelebihan baharu untuk menang menentang pesaing saya.”

Dari awal proses reka bentuk, Logitech G terlibat dengan pro Esports untuk mendapatkan maklum balas, membuat keputusan penting dan menguji untuk memperhalusi ciri dan reka bentuk produk. Dengan menerapkan maklum balas mereka ke dalam alatan dan penyelesaian baharu, Logitech G telah menjadi piawaian de facto dan peneraju dalam peralatan permainan esports berkualiti profesional.

Set Kepala Permainan Wayarles PRO X 2 LIGHTSPEED kini boleh didapati di laman rasmi Logitech G Lazada dan Shopee untuk harga runcit yang dicadangkan RM1,099. Untuk maklumat lanjut, sila layari LogitechG.com/pro-x-2.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat