Jika jujur berkawan, DAP perlu isytihar tamatkan perjuangan Malaysian Malaysia – Tajuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Sekiranya DAP jujur dan ikhlas sudah berubah maka parti itu wajar mengisytiharkan secara terbuka menamatkan perjuangan Malaysian Malaysia.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyatakan jika benar DAP sudah bertaubat dan berdamai dengan Umno sewajarnya membuat permohonan maaf seperti yang didesak Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh semalam.

Beliau juga memberitahu meskipun masih berstatus digantung daripada keahlian Umno, kehadirannya di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 kerana ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda Umno atas keberaniannya bersuara.

“Semua dah kena penampar bisu yang berani sikit saya dengar semalam Ketua Pemuda Umno, sebab itu saya datang hari ini. Saya nak ucap tahniah kepada dia (Dr Akmal).

“Salah satu sebab saya datang (PAU) hari ini saya nak ucap tahniah kepada Akmal. Inilah jenis Pemuda Umno, bukan macam Pemuda (Datuk) Asyraf Wajdi (Dusuki) sebab itu dia bertanding tiga kali pun kalah.Ini memberikan harapan kepada kita, Akmal kalau macam ni betul-betul konsisten ada harapan Umno ini diwarisi oleh pewaris yang boleh membangkitkan semula Umno kalau harap muka muka yang ada tu, tak ada warisnya,” bidas beliau ketika sidang media di WTCKL pada Jumaat.

Tajuddin yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menyatakan sokongan penuh kepada desakan yang disuarakan Ketua Pemuda Umno yang menuntut DAP memohon maaf kerana tohmahan yang dilemparkan parti itu kepada Umno sebelum ini.

“Saya sokong Akmal, (DAP) minta maaflah, mereka menghina, mencaci dan memijak kita (Umno) sudah berapa lama. Saya 50 tahun dalam politik saya tahulah apa DAP buat.

“Tak apa sekarang kalau nak berbaik, kata dah berubah, hati sudah baik dan ada perubahan… terus teranglah.

“DAP hari ini tidak lagi memperjuangkan Malaysian Malaysia boleh? DAP dengan terang dengan nyata isytiharkan tidak lagi perjuangkan Malaysian Malaysia, keduanya pertahankan hak istimewa orang Melayu.

“Itu baru buktikan DAP ikhlas dan jujur nak bersama dengan orang Melayu,” gesa Tajuddin.

Untuk rekod, matlamat Malaysian Malaysia DAP ialah menghapuskan perbezaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menyatakan DAP melupakan kisah silam dan ‘move on’ tidak cukup untuk Umno memaafkan bekas parti yang menjadi seteru politik itu sebelum ini.

“Tak boleh semudah itu ‘move on’, lagipun Anthony hanya Setiausaha Agung DAP, kita nak tahu pendirian keseluruhan ahli dan pimpinan DAP buat kenyataan tegas dan nyata,” katanya.

Sementara itu, Tajuddin berharap rayuan kali ketiga yang dibuatnya untuk menjadi ahli Umno semula dipertimbangkan segera.

Beliau malah menegaskan kesetiannya kepada Umno tidak pernah tergugat.

“Saya setia kepada Umno, Umno banyak berjasa kepada saya. Saya pun banyak berjasa kepada Umno.

“Biar tinggal saya seorang saja dalam Umno, saya takkan tinggalkan Umno,” kata Tajuddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat