KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan 13 duta negara Arab malam tadi dalam usahanya mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan negara terbabit, disamping memastikan keberkesanan dalam usaha menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

Dalam ucapannya, Zahid telah menyentuh soal perjuangan dan sumbangan Malaysia dalam membebaskan Palestin dari kekejaman Zionis Israel dari dahulu hingga sekarang.

“Memenuhi jemputan makan malam oleh Duta Besar Palestin, Waled Abu Ali di kediaman rasmi beliau bersama 13 Duta Negara Arab.

“Dalam ucapan saya telah menyentuh soal perjuangan dan sumbangan Malaysia dalam membebaskan Palestin dari kekejaman Zionis Israel dari dahulu hingga sekarang.

“Saya turut mencadangkan agar tindakan perlu dilakukan demi memastikan keberkesanan bantuan yang diberi dengan menyelaraskan bantuan antara NGO dan Agensi Kerajaan melalui Duta Besar Palestin,” kata Zahid dalam catatan di Facebooknya pada Khamis.

Menurut beliau adalah menjadi harapan agar Palestin akan bebas dan tidak terus dizalimi lagi dengan berkat usaha berterusan semua.