Kadar Pengangguran Di malaysia Turun Kepada 3.9 Peratus – DOSM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kadar pengangguran negara menurun pada April lalu iaitu 3.9 peratus, berbanding 4.1 peratus pada bulan sebelumnya, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata, ia berdasarkan Statistik Tenaga Buruh Malaysia, April 2022 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Katanya, kedudukan tenaga buruh pada bulan itu terus mengukuh dengan peningkatan 0.4 peratus bulan ke bulan kepada 16.5 juta orang, berbanding 16.44 juta orang pada Mac lalu.

“Kadar penyertaan tenaga buruh meningkat 0.2 mata peratus kepada 69.4 peratus daripada 69.2 peratus pada Mac lalu, menunjukkan lebih banyak penyertaan buruh dalam pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penduduk bekerja menunjukkan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.5 peratus dan merekodkan 15.85 juta orang pada April lalu, berbanding 15.77 juta orang pada Mac.

Mengenai situasi guna tenaga, Mohd Uzir berkata, kategori pekerja yang merangkumi komposisi terbesar jumlah penduduk bekerja iaitu sebanyak 76.3 peratus, meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan kepada 12.09 juta orang, berbanding 12.06 juta orang yang direkodkan pada Mac lalu.

Katanya, penduduk bekerja sendiri terus bertambah sebanyak 1.2 peratus kepada 2.72 juta orang pada April, manakala 2.69 juta orang pada Mac lalu.

“Peningkatan ini sebahagiannya disebabkan lebih banyak aktiviti perniagaan sempena sambutan Ramadan dan persiapan menjelang Aidilfitri pada bulan itu, selari dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa yang menggalakkan sektor pelancongan dan industri berkaitan pelancongan untuk meneruskan aktiviti mereka,” katanya.

Dalam sektor ekonomi, Mohd Uzir berkata, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan terus mengekalkan trend positif terutama dalam subsektor perdagangan borong dan runcit, perkhidmatan makanan serta minuman dan bidang kesihatan serta kerja sosial.– Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat