Warisan, Mahathir Setuju Anwar Calon PM Untuk PH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pimpinan Pakatan Harapan yang bermesyuarat hari ini dikatakan telah mencapai kata sepakat untuk melantik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan itu berjaya merampas kembali Putrajaya.

Menurut sumber rapat parti itu yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, pemilihan Anwar turut dipersetujui oleh bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal.

“Alhamdulillah kata sepakat telah dicapai sebentar tadi dan semua bersetuju secara konsensus untuk melantik Saudara Anwar sebagai calon tunggal PM bagi PH.

“Persetujuan tersebut dicapai bagi memastikan mandat rakyat yang di perolehi dalam PRU yang lalu dipulangkan kepada PH,” kata sumber tersebut.

Terdahulu Anwar melalui satu kenyataan media turut memberikan gambaran mengenai persetujuan tersebut.

“Pimpinan Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat bersama YB Tun Dr Mahathir Mohamad dan YAB DS Shafie Apdal hari ini, yang dipengerusikan oleh YB DS Anwar Ibrahim.

“Mesyuarat hari ini telah menyaksikan perbincangan secara menyeluruh tentang pendirian setiap parti, dan menampakkan kemajuan yang amat positif.

“Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini,” memetik kenyataan tersebut.

Mesyuarat tergempar yang diadakan di ibu pejabat PKR petang tadi itu turut dihadiri Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Hj Mohamad Sabu.

Mesyuarat yang bermula sejak jam 3 petang itu berlangsung hampir 3 jam.

Sebelum ini, sumber dalaman PH mendedahkan bahawa Dr Mahathir dan Anwar difahamkan akan memuktamadkan usaha PH mengambil alih kerajaan yang kini diterajui Perikatan Nasional (PN).

Spekulasi PH cuba untuk mengambil alih kerajaan yang diterajui PN bertiup kencang sejak beberapa minggu yang lalu. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat