Isu Harga Tiket Mahal Akan Dibincang – Ismail Sabri

PM Beri Jaminan Cadangan Bantuan JKM RM1,000 Akan Disegerakan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200...

Vaksin Covid-19, Minat Pelabur Dorong Kenaikan Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR - Keyakinan berterusan terhadap vaksin COVID-19 dan minat risiko yang bertambah baik telah membantu Bursa Malaysia ditutup di paras tertingginya dalam tempoh...

Najib Gesa Permudahkan Proses, Pencarum Marah Syarat Ketat i-Sinar KWSP

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mempermudahkan proses pengeluaran skim i-Sinar dari Akaun 1 KWSP susulan kemarahan ramai...

Bekas AG Tuntut Ganti Rugi RM2.3 Juta, Mahathir Nafi Salah Guna Kuasa Pecat Apandi

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan negatif dan membencinya sehingga mendorong kepada penamatan khidmat beliau...

Agong Berkenan Tinjau dan Sertai Operasi SAR

TEMERLOH - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR)...

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan sedang berbincang dengan syarikat penerbangan berhubung isu harga tiket penerbangan domestik yang dikatakan mahal terutamanya ke Sabah dan Sarawak.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hasil perbincangan itu akan diberitahu kepadanya dalam masa terdekat.

“Kita faham harga tambang mahal kerana pelaksanaan penjarakan sosial jadi tidak boleh berkapasiti penuh. Dengan pematuhan penjarakan sosial, hanya 66 peratus sahaja ruang yang dipenuhi di dalam kapal terbang itu.

Kita tahu harga tiket mencecah hampir RM2,000 bagi sehala penerbangan contohnya dari Miri ke Kuala Lumpur, justeru kita akan berbincang… semoga tidak ada isu lagi untuk mereka menaikkan harga tambang dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini.

Beliau berkata terdapat permohonan daripada pihak syarikat penerbangan agar penumpang boleh memenuhi kerusi di dalam kapal terbang

“Mereka memberi alasan segala butiran penumpang boleh diperoleh melalui manifes syarikat berkenaan dan mereka (penumpang) di setiap penerbangan juga boleh dikesan jika berlakunya kes dan perlu dihubungi.

Tetapi yang paling penting sekarang adalah SOP (Prosedur Operasi Standard) perlu dipatuhi untuk membendung penularan wabak COVID-19,” tegasnya.

Tinjauan Bernama mendapati ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga tiket penerbangan domestik yang dikatakan agak mahal dan menjadi topik hangat di media sosial.

Ini memandangkan ramai yang ingin pulang ke kampung halaman susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula Rabu ini yang membenarkan pergerakan rentas negeri dengan ramai yang perlu kembali ke tempat bertugas, contohnya guru dari Semenanjung yang mengajar di Sabah dan Sarawak.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan