Politik bukan hanya tentang nama dan jawatan, Nik Nazmi pertahan Naib Presiden PKR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad percaya politik bukan hanya tentang jawatan, tetapi tentang membina masa depan.

Ahli Parlimen Setiawangsa menegaskan akan kekal mempertahankan Naib Presiden PKR sambil menegaskan pencalonan berkenaan bukan soal nama atau jawatan, tetapi ini adalah soal prinsip dan perjuangan.

“Saya percaya politik bukan hanya tentang jawatan, tetapi tentang membina masa depan. PKR mesti kekal sebagai gerakan reformasi yang progresif, berprinsip dan bersedia mentadbir.

“Saya mohon sokongan sahabat semua untuk sama-sama memperkukuh PKR sebagai gerakan reformasi yang segar, berani dan berjiwa rakyat.

” Ini bukan soal nama atau jawatan, ini adalah soal prinsip dan perjuangan.

“Undilah saya sebagai Naib Presiden PKR,” rayu beliau dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.

Nik Nazmi memberitahu, sejak era awal gerakan reformasi hingga ke hari ini, beliau merupakan anggota parti yang ingin terus menyumbang.

“Dahulu sebagai anak muda yang belajar daripada perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini sebagai Menteri yang memikul amanah menjaga sumber asli dan kelestarian alam sekitar.

“Selama hampir dua dekad bersama PKR, saya diberi peluang memegang pelbagai amanah dari Exco Angkatan Muda hingga Ketua Cabang, dari Pengarah Komunikasi hingga Ketua Pemuda Pakatan Harapan pertama. Ia bukan tentang pencapaian peribadi, tetapi ruang untuk belajar dan berkhidmat.

“Saya juga percaya kepimpinan harus melahirkan pelapis, dan berasaskan niat ini saya mengasaskan Felo PKR, PKR Executive Internship Programme.

“Bagi program komuniti pula saya terlibat dalam membentuk program Projek Mentari dan Setiawangsa Rangers yang memberi manfaat masyarakat setempat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat