KUALA LUMPUR – Datuk Dr Akmal Saleh masih tegak mempertahankan kerusi-kerusi Barisan Nasional (BN) Melaka tanpa sedikit pun tergugat dengan kenyataan DAP mahupun pimpinan Pakatan Harapan (PH) lain yang memperjuangkan formula 14+14.
Ketua Pemuda Umno itu malah menempelak DAP untuk terus bermimpi untuk mendapat agihan seimbang atas nama perpaduan.
“Dia (DAP) boleh atas nama prinsip.
“Hak orang lain dia nak ambil atas nama perpaduan
“Teruskan bermimpilah DAP,” bidas Exco Melaka itu.
Sebelum itu Setiausaha Pemuda Umno Hafiz Ariffin juga senada dan mendukung ketegasan Akmal.
Hafiz mengungkit kenyataan ahli-ahli Parlimen DAP di Kuala Lumpur yang berdegar-degar sebelum ini enggan serah mana-mana kerusi kepada BN.
“Dulu dia punya bukan main, siap MP-MP DAP dalam KL senada dan seirama “DAP takkan serah mana-mana kerusi dalam KL kepada BN” dilaporkan oleh MalaysiaKini pada 25 November 2024.
“Tu dia, dia punya bimbang macam esok kita ada pilihan raya. Masuk 2025, mungkin dia hilang ingatan, dia hendakkan negeri BN memerintah, Melaka pula. Siap cadang formula 14+14. Tanpa rasa segan silu.
“Saya cadang semua ADUN BN di Melaka buatlah kenyataan bersama seperti mana mereka bersatu hati mempertahankan kerusi mereka di Wilayah Persekutuan.
“Buat mana-mana pimpinan DAP yang melenting-melenting tak tentu arah berkenaan hendakkan kerusi di Melaka. Nah ambillah cermin ya. Jangan sibuk mengata orang lain arrogant lah, samseng lah, baseless lah. This is what you showed us. We’re just defending what’s ours (just like what you did).
“Kalau tidak mahu pening, jangan cadang bukan-bukan. Nanti tak tahan kalau kita balas komen semula,” tempelak Hafiz.