Wajah baharu WhatsApp : Ini yang bakal anda dapat!

- Advertisement -

WhatsApp bakal hadir dengan kemas kini antara muka pengguna baharu dan lebih banyak penambahan ciri serta naik taraf untuk pengguna iPhone dan Android bulan ini. Platform milik Meta itu mendakwa ia untuk menjadikan aplikasi itu menjadi lebih mudah, boleh dipercayai dan pelindungan peribadi .

Perubahan terbesar yang boleh dilihat dalam reka bentuk UI WhatsApp ialah perubahan tempat bagi bar navigasi, chat, dan butang panggilan.

Anda juga mungkin akan menyedari warna ikonik hijau WhatsApp menjadi lebih terang manakala bahagian lampiran atau attachment telah dirombak dengan ikon baharu yang lebih bulat daripada sebelumnya. Berikut adalah pandangan yang lebih dekat pada perubahan ini untuk pengguna WhatsApp.

WhatsApp berkata ia telah melalui 35 palet warna sebelum memilih warna hijau yang kita lihat pada aplikasi pemesejan paling terkenak hari ini. Bagi pengguna Android, WhatsApp kini mempunyai satu lagi versi mod gelap yang lebih gelap daripada pilihan sebelumnya. WhatsApp mendakwa kontras yang lebih tinggi bertujuan untuk mengurangkan ketegangan pada mata dalam keadaan cahaya malap.

WhatsApp pada iPhone mengatakan ‘Chat’ di bahagian atas, manakala untuk pengguna Android, mereka akan mendapati paparan WhatsApp akan dipaparkan dalam warna hijau.


Di bahagian bawah , pengguna akan menerima ciri baru yang dinamakan ‘Ask Meta AI’ atau bar Carian baharu yang pastinya merupakan cara yang lebih mudah untuk mengaktifkan AI chatbot bagi memudahkan pertanyaan atau bantuan pantas.

Sebagai contoh , ciri baru ini membolehkan pengguna mendapatkan resipi makanan,info berita,  dengan hanya menggunakan aplikasi Whatsapp.

WhatsApp juga sedang mengusahakan pelbagai ciri beta yang ingin memudahkan anda mengurus storan telefon anda atau menerima tau menamatkan panggilan . Anda juga akan melihat perubahan besar dengan versi web WhatsApp yang turut mendapat beberapa ciri baharu, termasuk folder kunci sembang pada desktop.

Anda boleh dapat info lanjut di laman rasmi Whatsapp di sini

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat