Mengenali ‘Mona’ di Hati Amir Hasan dan RebelAsia

- Advertisement -

Sejak awal kemunculannya dahulu, Amir Hasan kerap menampilkan sesuatu yang berbeza buat peminat muzik dan pendengar setianya secara umum.

Kini Amir kembali lagi bersama seorang lagi rakan seninya, iaitu RebelAsia dengan sebuah karya yang tidak kurang menarik berjudul ‘Mona’.

Dicipta oleh Madebyartin, P4PI, dan RebelAsia lagu ini juga mendapat sentuhan lirik P4PIbersama RebelAsia sendiri.

“Mona sebenarnya merupakan sebuah lagu yang mewakili mimpi-mimpi serta impian yang ingin di kecapi. Ia seolah-olah menyeru semua orang untuk tidak berputus asa walaupun hidup penuh dengan aneka dugaan dan cabaran.

“Ia juga satu pesanan untuk sentiasa kekal merendah diri dan berbangga dengan segala kejayaan yang pernah dicapai. Ia adalah mahakarya peribadi seseorang dalamk ehidupan,” jelas Amir panjang lebar.

Menurut Amir lagi, lagu yang diterbitkan oleh Madebyartin ini juga mengambil waktu sekitar sehari untuk proses rakaman.

“Kami mengambil masa sehari untuk memikirkan melodi yang sesuai hinggalah tema yang ingin dilagukan dalam versi rap. Madebyartin berjaya menghasilkan rentak yang hebat lantas jadi saya dan RebelAsia hanya perlu mengisinya dengan kata-kata yang sesuai. Kami memasukkan bait lirik rap secara bebas atau ‘freestyle’ dan dari situ semuanya terhasil dengan sendiri,” tambah Amir lagi.

Berbekalkan rentak muzik yang hebat serta alunan rap yang mengasyikkan, Mona dijangka bakal mencuri perhatian peminat muzik progresif Malaysia.

“Saya harap semua orang akan dapat menikmati karya ini sebagaimana kami telah menikmati proses menghasilkannya,” ujar Amir menutup bicara.

Bakal dikeluarkan pada tarikh 10 Mei 2024, ‘Mona’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Kredit:
Artis: Amir Hasan & RebelAsia
Tajuk: Mona
Produser: Madebyartin, P4PI, RebelAsia
Komposer: P4PI, RebelAsia
Penulis Lirik: Madebyartin

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat