Anwar hadiri pra-tayangan filem ‘Anwar The Untold Story’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR MEI 8 – Satu tayangan khas VIP bersama media filem ‘Anwar The Untold Story’ – yang berkisarkan perjalanan karier politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan diadakan pada Isnin (8 Mei) di Dadi Cinema Pavilion KL.

WhatsApp Image 2023 05 08 at 204931

Acara pra-tayangan bersama media dan selebriti itu dihadiri oleh Perdana Menteri sendiri yang kemudiannya akan berucap kepada media tempatan dan antarabangsa dalam satu sidang media khas selepas tayangan filem tersebut.

Filem yang diarahkan oleh Pengarah Indonesia Viva Westi itu dibintangi oleh pelakon tempatan Malaysia Farid Kamil Zahari yang memegang watak utama sebagai Anwar Ibrahim, manakala pelakon wanita terkenal Indonesia Acha Septriasa memegang watak sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selain Malaysia, filem biopik itu turut dirakam di Indonesia dengan kos menelan jumlah RM10 juta.

Filem ini berkisahkan tentang seorang tokoh politik yang secara konsisten dan tegas menentang amalan rasuah tetapi akhirnya dipenjara.

WhatsApp Image 2023 05 08 at 204918

Berlatar belakangkan tahun antara 1993 dan 1998, biopik itu menyelami zaman Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Anwar akan menonton filem tersebut bersama 258 VIP termasuk daripada industri hiburan, tokoh politik dan selebriti tanah air.

Majlis tersebut dianjurkan oleh DMY Creation, syarikat yang merupakan pengedar rasmi filem ‘Anwar, The Untold Story’ yang diterbitkan oleh Yusrych Global, sebuah syarikat yang diterajui oleh Encik Yusry Makmor penerbit eksekutif filem itu Zukiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar.

DMY Creation merupakan syarikat terkenal yang mengedar filem tempatan dan antarabangsa serta penganjur rancangan hiburan langsung utama.

Antara nama nama besar yang bakal menghadiri pra tayangan tersebut adalah DatukSeriDrWanAzizahWan Ismail, penyanyi nombor satu Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, pemuzik, pelakon, dan artis Datuk M Nasir, pelakon dan penerbit veteran Fauziah Ahmad Daud, pengasas DMY Creation dan pengerusi Datuk Mohamed Yusoff, penulis lirik dan penulis skrip prolifik Habsah Hassan, penerbit filem tempatan Datuk Yusof Haslam dan David Teo, Yusrych Global, sebuah syarikat yang diterajui oleh Encik Yusry Makmor penerbit eksekutif filem itu Zukiflee Anwar Haque

Siti Nurhaliza adalah penyanyi untuk Original Sound Track (OST untuk biopik. Lagu, “Menjaga Cintamu” yang digubah oleh Andi Rianto dan lirik ditulis oleh Sekar Ayu Asmara.

Pra tayangan khas itu akan bermula dengan ketibaan tetamu pada pukul 7 malam diikuti ketibaan Perdana Menteri pada jam 8.30 malam.

Filem itu dijadualkan bermula pada jam 9 malam diikuti satu sidang media bersama media tempatan dan antarabangsa pada jam 10.30 malam.

Tayangan awam ‘Anwar, The Untold Story’ akan ditayangkan di semua pawagam utama diseluruh negara mulai 18 Mei 2023.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat