Zahid Minta Dimudahkan Tuntutan Elaun Khas Frontliners

- Advertisement -

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

1. Saya memahami terdapat aduan/rintihan dari kakitangan barisan hadapan yang sukar untuk mendapatkan elaun yang telah diumumkan kerajaan. Saya harap Kerajaan/KKM melalui ketua-ketua jabatan perlu permudahkan urusan tersebut. Prosedur untuk pekerja buat tuntutan elaun adalah sebagai garis panduan saja. Jangan terlalu ketat dengan birokrasi. Perlu lebih terarah kepada “adaptive culture”. Prosedur biasa tidak sama seperti keadaan kecemasan.

2. Pemberian elaun kepada semua yang terlibat harus dibuat tanpa mengira kiraan jam bekerja. Tidak wujud unsurketidakadilan kerana semua pekerja barisan hadapan dan belakang terdedah kepada bahaya. Risiko kepada semua adalah sama, iaitu nyawa.

3. Cadangan saya, cukup saja dengan lampiran maklumat peribadi seperti nama, no kad pengenalan/no staf. Tidak perlu terlalu terperinci seperti tempoh jam bekerja dll.

4. Barisan hadapan, barisan belakang masing-masing mempertahankan negara dengan nyawa mereka, dengan meninggalkan waktu bersama keluarga mereka. Tiada keefisienan barisan hadapan tanpa keefisienan barisan belakang yang turut menjadi penyambung kepada rantaian tugas mulia tersebut. Jadi, permudah dan bantulah juga urusan mereka. Di pihak UMNO, kita sentiasa cakna dengan keadaan rakyat setiap masa.

5. Saya juga terfikir bagaimana nasib segelintir lagi golongan yang Kerajaan/KKM terlepas pandang. Iaitu kakitangan pembersihan dan petugas yang menyelenggara sistem hospital seperti juruteknik yang membersih sistem pendingin hawa. Jika virus tersebar melalui pendingin hawa, mereka adalah antara yang berisiko.

6. Saya akan berbincang dengan YB Menteri Kesihatan terutama Barisan Menteri Kabinet UMNO agar nasib ‘frontliners’ terbela di mana sahaja mereka berada.

#kitaharusmenang #kenajagasemua
#terimakasihpejuangCovid19

Penulis adalah Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat