Kait Shafie keluarkan surat sokongan kepada PATI, 3 surat tuntutan dikemuka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiga surat tuntutan telah dikeluarkan terhadap individu yang memfitnah Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kononnya telah meluluskan atau mengeluarkan sebarang dokumen pengenalan atau kewarganegaraan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ahli Majlis Tertinggi Warisan Chen Ket Chuin berkata surat itu diserahkan kelmarin dan semalam kepada individu terbabit yang diberi tempoh tujuh hari untuk menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka atau berdepan tindakan undang-undang.

Menurut peguam Shafie itu, dakwaan mengaitkan Ahli Parlimen Semporna terbabit dengan pemberian dokumen kepada PATI semasa menjadi ketua menteri Sabah pada 2018 hingga 2020 sebagai berniat jahat dan bersifat fitnah.

“Warisan tidak pernah mengeluarkan sebarang dokumen pengenalan atau kewarganegaraan kepada mana-mana PATI, kami tiada sebarang kecenderungan untuk membantunya.

“Surat disertakan dengan minit mesyuarat atau arahan daripada Shafie jelas tidak merujuk kepada pemohon PATI,” katanya dalam kenyataan lapor FMT pada Rabu.

Baru-baru ini, tular di media sosial surat rasmi bertarikh 26 April 2019 yang mendakwa Shafie menyokong permohonan taraf kewarganegaraan pemohon dari Lahad Datu.

Satu lagi surat sokongan bertarikh 9 Okt 2019 meminta permohonan sambungan kad pemastautin sementara (MyKAS) oleh pemohon dari Semporna diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ket Chuin menegaskan tiada ketua menteri atau mana-mana pemimpin negeri mempunyai kuasa meluluskan atau mengeluarkan dokumen pengenalan diri dan kewarganegaraan yang terletak di bawah JPN dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“JPN sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa tiada sebarang campur tangan boleh dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk ketua menteri dalam urusan pendaftaran kewarganegaraan,” jelas beliau.

Beliau turut menggesa semua pihak berhenti mempolitikkan isu rakyat Sabah yang tidak berdokumen dan menekankan bantuan diberikan Shafie sebelum ini bertujuan membantu rakyat tempatan yang dinafikan hak kerana ketiadaan dokumen lengkap – bukan untuk membantu PATI.

Ket Chuin mendakwa isu itu sengaja dimainkan semula menjelang PRN untuk mencemarkan imej Warisan dan presidennya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat