Akmal junjung titah nasihat Agong

- Advertisement -

PETALING JAYA: Dr. Muhamad Akmal Saleh menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga keharmonian negara dan memulihara kesucian agama Islam agar polemik yang berlaku dapat diredakan.

Kenyataan itu keluar sejurus selepas beliau bersama pemimpin UMNO dan DAP menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Negara, hari ini.

“Saya menjunjung titah atas nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga keharmonian negara dan memulihara kesucian agama Islam agar polemik yang berlaku dapat diredakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Facebook Sultan Ibrahim memuat naik satu hantaran sesi menghadap antara pemimpin UMNO dan DAP bersama Seri Paduka.

Dalam sesi menghadap itu, Seri Paduka menasihatkan semua pihak untuk memberi tumpuan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan, bukannya perpecahan.

“Saya ingin melihat rakyat bersatu padu dengan harmoni.

“Saya berharap pemimpin politik tidak ekstrim dalam memberikan pandangan tentang isu-isu agama dan perkauman. Bukan hanya UMNO dan DAP, tetapi juga semua parti,” titah Sultan Ibrahim.

Selain Akmal, antara hadir dalam sesi itu adalah Timbalan Presiden UMNO; Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong. – UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat