51 Orang Disahkan Sembuh, Kembali Dijangkiti Covid-19

- Advertisement -

KOREA SELATAN – Lebih 50 orang pesakit Covid-19 yang telah disahkan sembuh di daerah Daegu dan kawasan sekitar Wilayah Utara Gyeongsang kembali dijangkiti setelah meninggalkan kawasan kuarantin, lapor Foxnews.

Pusat Kawalan Penyakit Korea (KCDC) melaporkan virus itu berkemungkinan diaktifkan semula dari menjangkiti orang lain sebaik pesakit meninggalkan (kawasan kuarantin), kata Ketua Pengarah KCDC, Jeong Un-Keong kepada sebuah agensi media Korea Selatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan telah menghantar sekumpulan pemeriksa ke Daegu untuk mengkaji kes tersebut.

Di Wuhan, sehingga 10% pesakit dikesan positif semula virus tersebut setelah keluar dari hospital, lapor South Morning China Post.

Presiden Tongji Hospital tempat virus itu mula-mula dikesan, memberitahu agensi media CCTV, semua yang dikesan positif semula itu tidak menunjukkan sebarang simptom dan tiada seorang pun kontak rapat mereka yang mendapat jangkitan. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat