Kerajaan Johor Peruntuk RM 12.3 Juta Perkasa Komuniti Felda

JOHOR BAHRU — Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan sebanyak RM12.3 juta bagi menyokong pembangunan serta kesejahteraan komuniti FELDA di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata peruntukan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri untuk memastikan kebajikan warga peneroka terus dipelihara serta komuniti FELDA kekal maju dan berdaya tahan.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama komuniti FELDA yang menghimpunkan hampir 1,500 peserta terdiri daripada ketua blok, kepimpinan rancangan, wakil agensi serta pemimpin komuniti FELDA dari seluruh Johor.

Menurutnya, kerajaan negeri turut mengumumkan beberapa inisiatif bagi menyokong pembangunan dan kesejahteraan komuniti peneroka.

Antara inisiatif yang diumumkan termasuk pemberian Geran Aidilfitri sebanyak RM5,000 kepada setiap daripada 73 rancangan FELDA bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di peringkat rancangan.

Selain itu, kerajaan negeri turut menyalurkan peruntukan RM10,000 kepada setiap Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) serta RM5,000 kepada setiap Gerakan Persatuan Wanita (GPW) di semua 73 rancangan FELDA di Johor.

Dalam masa sama, sumbangan bakul makanan turut diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang menetap di rancangan FELDA serta kakitangan FELDA di negeri itu.

Kerajaan negeri juga menyalurkan geran RM7,500 kepada setiap Pejabat Rancangan FELDA serta peruntukan RM200,000 kepada Sekretariat Muafakat FELDA Negeri Johor.

Selain bantuan kewangan, kerajaan Johor turut meneruskan kuota khas haji kepada 10 orang warga FELDA serta kuota khas pinjaman pendidikan tanpa faedah melalui Yayasan Pelajar Johor (YPJ) kepada 50 anak muda FELDA untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.

Onn Hafiz berkata inisiatif berkenaan diharap dapat memperkukuh peranan kepimpinan FELDA di peringkat akar umbi dalam menyelaras pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama erat antara kerajaan negeri dan FELDA penting bagi memastikan usaha memperkasa komuniti peneroka dapat diteruskan demi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran warga FELDA di Johor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat